CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3310|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak akan pertimbang cadangan perluas HDRAS

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim teruja melihat model hartanah bangunan pencakar langit yang dipamerkan sempena Ekspo Hartanah SHEDA 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Skim Bantuan Deposit dan Bayaran Balik Perumahan (HDRAS) selaras dengan pengumuman cadangan inisiatif Deposit MADANI.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, beliau akan membentangkan perkara itu kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk perbincangan holistik termasuk pembayaran levi oleh pemaju.

"Pada masa ini, terdapat ketidaksepadanan dalam bekalan perumahan, dengan lebih 100,000 rumah tidak berpenghuni susulan migrasi luar bandar ke bandar.

"Daripada 800,000 lebih rumah di Sarawak, hanya terdapat kira-kira 700,000 isi rumah, bermakna kita mempunyai jurang yang ketara untuk ditangani," ujarnya selepas membaca teks ucapan Abang Johari pada perasmian Ekspo Hartanah Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dr Sim berkata demikian ketika menjawab Presiden SHEDA Augustine C.H. Wong dalam ucapannya yang menggesa kerajaan Sarawak mengembangkan skim HDRAS selaras dengan inisiatif Deposit MADANI.

Inisiatif Deposit MADANI yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan Persekutuan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Belanjawan 2025 menyasarkan untuk menyediakan bantuan deposit sehingga RM30,000 bagi pembeli rumah kali pertama untuk kumpulan B40 dan M40.

Augustine turut menggariskan beberapa cadangan kepada kerajaan Sarawak sebagai melengkapkan inisiatif Deposit MADANI seperti meningkatkan ambang pendapatan isi rumah kepada RM15,000 sebulan.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan Sarawak menaikkan bantuan kewangan HDRAS kepada 10 peratus daripada harga Perjanjian Jual Beli (SPA) berbanding RM10,000 sekarang.

"Kami juga mencadangkan agar pembeli dibenar menggunakan geran HDRAS untuk membeli mana-mana hartanah daripada pasaran terbuka, selagi mereka layak.

"Kami percaya langkah-langkah ini akan memberi kesan positif terhadap kemampuan memiliki perumahan yang seterusnya menggalakkan kemampanan," tambahnya.

Menurut Augustine, kerajaan harus melabur semula kutipan levi daripada pemaju kembali ke pasaran hartanah Sarawak dan mengembangkan rangka kerja HDRAS untuk memberi lebih banyak pilihan dalam pasaran terbuka kepada pembeli yang layak.

Sebanyak 70 pempamer menyertai ekspo berkenaan yang bermula hari ini hingga 8 September 2024.

Dr Sim turut mewakili Abang Johari menyampaikan anugerah bagi Anugerah Kreatif kepada Elica Sdn Bhd, Anugerah Imej Korporat kepada Ibraco Berhad dan Anugerah Ruangan Pempamer Terbaik kepada Lee Onn Development Sdn Bhd.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036612 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list