CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10010|Reply: 0

[Sarawak] Penganjuran FWSB Simunjan 2024 mampu mendedahkan warisan dan budaya unik

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Awla bersama tetamu lain merakam kenangan pada Majlis Perasmian FWSB Simunjan 2024 di Simunjan semalam. - Gambar UKAS

KUCHING: Penganjuran Festival Warisan Seni Budaya (FWSB) Simunjan 2024 mampu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai warisan dan budaya unik di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, festival tersebut merupakan permulaan baik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat terutama generasi muda yang kini semakin kurang mengenali warisan dan budaya negara, khususnya di Sarawak.

“Ini merupakan erti yang cukup besar kepada warisan seni budaya tradisional yang sudah hampir pupus mengikut peredaran zaman dan ia adalah satu usaha untuk menghidupkannya kembali.

“Warisan ini perlu dikekalkan kerana setiap bangsa mempunyai warisan sendiri dan kalau dalam kehidupan, kita juga perlu meninggalkan wawasan dan warisan kepada anak cucu,” ujarnya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian FWSB Simunjan 2024 di Simunjan semalam.

Awla berkata, festival sebegini penting bagi memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan bersaing secara sihat dengan mereka dari luar yang datang berniaga di Simunjan.

Beliau berharap melalui program seumpama ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan bagi menyokong Kerajaan Sarawak untuk merealisasikan dan mencapai sasaran negeri maju pada 2030.

Difahamkan, festival selama tiga hari itu bermula pada 6 hingga 8 September yang melibatkan pelbagai pengisian seperti gerai-gerai jualan selain daripada persembahan seni budaya dan warisan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, isteri Awla, Napsiah Abang Kaderi, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli, Pengerusi Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak Sitia Saini dan Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak Mohammad Redzuan Latip Usop.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list