CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36158|Reply: 0

[Sarawak] Lebih ramai bakat sukan terpendam perlu dicungkil peringkat akar umbi di kawasan luar bandar Sarawak

[Copy link]
Post time 10-9-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode


Sikie (tujuh kanan) bersama tetamu serta penduduk setempat termasuk pelajar terlibat dalam sukan komuniti di Tatau, Bintulu pada Ahad.

BINTULU: Lebih ramai bakat sukan terpendam perlu dicungkil peringkat akar umbi di kawasan luar bandar seperti Tatau dan daerah-daerah lain di Sarawak bagi melahirkan atlet-atlet sukan berprestasi tinggi.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata sekiranya program sukan seumpamanya dipergiatkan  seluruh luar bandar beliau yakin lebih ramai atlet berprestasi tinggi dapat dilahirkan.

"Kita (berkemungkinan) mampu mengubah jumlah kutipan pingat emas (lebih banyak) dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang," katanya pada perasmian Program Sukan Komuniti Luar Bandar 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, pada Ahad.

Justeru, beliau menyeru masyarakat setempat seluruh pelosok daerah Tatau mengambil kesempatan melibatkan diri dalam penganjuran program seumpamanya sama ada sebagai peserta mahupun urus setia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, program ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dan kecergasan malah mencungkil bakat bidang sukan dan menguruskan acara sukan.

Beliau berkata, acara sukan juga mampu menyumbang pembangunan ekonomi negara seperti pelancongan, penyediaan fasiliti, penyiaran, penjualan produk-produk sukan dan sebagainya.

"Pemilihan daerah Tatau hanya mempunyai sebuah dewan sukan, beberapa gelanggang dan padang bola sepak sebagai lokasi pelaksanaan program itu juga sangat tepat kerana terletak di luar bandar dengan populasi 31,068 penduduk dan 278 buah rumah panjang sebagai pendedahan dalam aktiviti sukan.

"Program tersebut merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bintulu, SMK Tatau dan SK Tatau, Kelab Menyumpit Menaul, Kelab Belia Sungai Kakus, Kelab Kecergasan HypEnergy, Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," jelasnya.

Antara aktiviti diadakan ialah senamrobik, pertandingan memanah (Recurve dan Tradisional), menyumpit (Novis Campuran) dan pertandingan bola sepak sarung disertai lapan pasukan untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Felicia Kiai mewakili pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tatau-Sebauh dan Pegawai PBS Bintulu Kigen Satong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.125407 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list