CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36324|Reply: 0

[Sarawak] Rumah atlet Para SUKMA Sarawak musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 10-9-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode




Rumah Christal Vencent Bonny musnah dalam kebakaran kira-kira 8.53 pagi tadi.

MIRI: Rumah atlet Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak dalam acara angkat berat Christal Vencent Bonny musnah dalam kebakaran kira-kira 8.53 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong PBT II Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkenaan kejadian itu.

Bertindak atas aduan, sepasukan anggota BBP Lutong bergegas ke lokasi di Desaras Tudan Blok 6 yang sejauh 11 kilometer dari balai.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), pihaknya mendapati berlakunya kebakaran rumah kayu yang didiami empat penghuni.

Kejadian tidak melibatkan mangsa kerana ketika kebakaran tiada penghuni berada di rumah kerana bapa bersama anak perempuannya pergi bekerja, sementara si ibu pula menemani anaknya ke sekolah.

Dua lagi penghuni rumah berkenaan iaitu Christal berada di Kuching bagi menghadapi Para SUKMA Sarawak dalam acara angkat berat.

Sementara Ricky John Umba juga di Kuching mewakili Majlis Sukan Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong.

PKO BBP Lutong bertindak menggunakan konsep RECEO membentang satu aliran 200 kaki dua nozel bagi memadam kebakaran tersebut sehingga padam sepenuhnya.
Rumah berkenaan musnah sepenuhnya dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam sia
satan.
Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 11.40 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.044734 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list