CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16204|Reply: 0

[Sabah] Hajiji tekad merawat mandat rakyat

[Copy link]
Post time 11-9-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode


SUMBER MAKLUMAT: Hajiji (kiri) menunjukkan buletin 'Sulaman Yang Ku Sayang' terbitan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman kepada penulis sempena mesyuarat itu, Ahad lalu.

DEWAN Sri Sulaman di tengah pekan Tuaran bagaikan berpesta. Seawal pagi, ramai orang sudah berpusu-pusu masuk, memenuhi setiap tempat duduk. Kebanyakannya berbaju merah dengan corak seragam.

Menjelang jam 8 pagi, dewan sudah penuh. Ramai lagi berdatangan, justeru terpaksa berlegar-legar mencari tempat. Di luar dewan, ramai orang masih berasak-asak. Hadapan pintu utama pun menjadi sesak.

Demikian suasana pagi sempena Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman, yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, Ahad lalu.

Seperti dijadualkan, Hajiji tiba di perkarangan dewan tepat jam 9.30 pagi -- disambut para pemimpin, dipakaikan selempang, lalu diiring berjalan memasuki dewan, sambil bersalaman orang ramai di kiri dan kanan.

Sebaik memasuki dewan, beliau disambut sorakan bersemangat serta laungan `Gagasan Rakyat' berulang kali. Dewan riuh, gegak-gempita bagaikan pesta.

Inilah daerah kelahiran Hajiji, tapak politiknya berakar-umbi sejak menjadi wakil rakyat Sulaman 35 tahun lalu -- sebuah perjalanan panjang berliku.

Lapan penggal sebagai wakil rakyat, Hajiji menaiki tangga politik dari bawah -- daripada seorang Adun biasa, beliau kemudian menjadi pembantu menteri dan menteri penuh di bawah beberapa kerajaan silih berganti.

Menjadi Ketua Menteri hampir empat tahun sejak 29 September 2020, Hajiji nyata terus diberi apresiasi dan penghormatan tinggi sebagai pemimpin prorakyat yang sederhana sifatnya.

Biarpun jalan politik yang ditempuhnya tidak mulus pasca pandemik COVID-19 dan kemudian kudeta oleh sekawan politikus, Hajiji tetap teguh dan komited untuk merawat mandat rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya dalam pilihan raya negeri ke-16 (PRN-16) lepas.

Tekad kuat itu diterjemahkan menerusi transformasi pentadbiran dan perkhidmatan serta inisiatifnya memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memperkasa agenda pembangunan negeri ini.

Optimis dengan keberhasilan SMJ, Hajiji berjalan terus untuk melaksanakannya, bagi mengotakan janji demi memenuhi aspirasi rakyat yang telah memberinya mandat kuat biarpun masih ada anai-anai politik yang  terus cuba mengugat dengan sekuat kudrat dengan pelbagai muslihat.

Ketika berucap pada majlis itu, Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat menceritakan mengenai komitmen, azam dan cabarannya dalam memenuhi aspirasi rakyat itu.
Beliau juga mengakui tidak terlepas daripada gugatan pembangkang dan seteru politik.

Namun dalam merawat mandat rakyat, beliau berpegang kepada prinsip `keadilan untuk semua' kerana nawaitunya berpaksi keikhlasan tanpa dendam.

Sebab itu, katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinannya sentiasa bersikap adil terhadap semua pihak di negeri ini, termasuk pembangkang meskipun tidak sehaluan dalam politik.

Atas prinsip itu, Hajiji berusaha sebaik mungkin memberikan layanan seadilnya kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.

Malah, katanya, atas dasar keprihatinan dan keadilan untuk semua itu, beliau sendiri meluluskan permohonan pemimpin pembangkang yang memohon biasiswa daripada kerajaan negeri untuk anak mereka.

Menjurus prinsip yang sama, beliau meminta pemimpin di peringkat akar umbi seperti ketua cawangan, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga bertindak dengan adil.

"Mana-mana rakyat kita yang perlu bantuan di kampung, jangan pilih kasih, bagi maklumat yang betul kepada kerajaan atau kepada wakil rakyat. Supaya mereka boleh dibantu.

"Ini prinsip saya pegang selama 35 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, tanyalah kawan-kawan di sini," katanya.

Itulah cara Hajiji merawat mandat rakyat -- langkahnya konsisten dan teratur. Kerana sebagai pemimpin prorakyat, percaturan politiknya mendasari perjuangan dalam sebuah perjalanan demokrasi sebenar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053933 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list