KUALA LUMPUR – Pemimpin Kerajaan Perpaduan digesa untuk menyelesaikan persengketaan berhubung isu sijil halal yang dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi atau ketegangan terhadap agama dan kaum.
Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan isu sijil tersebut merupakan cadangan dan belum dilaksanakan.
“Perselisihan faham ini berlaku di antara pemimpin dalam kerajaan sendiri. Sepatutnya ia boleh diselesaikan secara baik dengan berbincang.
“Sebagai wakil rakyat, gunakan platform yang betul dan jangan memburukkan lagi keadaan kerana rakyat yang menanggung semua cabaran ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kenyataan di media sosial dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.
Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Publisiti DAP itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) perlu memainkan peranan yang besar dalam mendidik dan memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan halal dan toyyiban.
“Masih ramai lagi yang kita lihat tidak faham mengenai isu sijil halal termasuk Ahli Parlimen. Jadi, inilah masa terbaik untuk Jakim memberi penjelasan apa sebenarnya halal ini dan proses mendapatkan sijilnya.
“Jakim juga boleh menjemput pihak-pihak tertentu untuk menerangkan kepada mereka berkenaan isu ini kerana saya yakin mereka akan menerimanya dengan baik.
“Kita juga cadangkan untuk Jakim menetapkan kepada restoran yang tidak menyediakan alkohol atau daging khinzir supaya meletakkan tanda ‘non-halal’ bagi mengelakkan kekeliruan,” jelasnya.
Tambah Nadzim, beliau berharap agar semua wakil rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan mencabar perkara yang sensitif melibatkan agama.
“Kita harap pihak berkuasa akan melakukan siasatan yang telus,” katanya.
takde sijil halal JAKIM, takde lah. pilihan pengguna nak makan ke tak. mencari yg halal itu fardhu. bukan kewajipan pekedai untuk bagitahu, tapi kewajipan umat Islam untuk ambil tahu.
kuasa membeli orang Islam kat Malaysia ni besar. banyak keluarga besar. sekali makan berapa RM habis. kalau semua pilih makan di tempat yg ada sijil halal JAKIM, maka peniaga yg belum ada sijil pun akan cuba juga dapatkan sijil.
tengok TCRS je. mesra keluarga, ada sijil halal. kalau hujung minggu pasti penuh, hari biasa makan tengahari dan malam pun penuh.
jadilah pengguna yg bijak, dan umat Islam yg peka.
aku bukan nak mengata orang, aku pun ada je gi kedai yg takde halal JAKIM. mana yg aku yakin, dah research, aku pergi.
Post time 12-9-2024 01:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pendapat aii muda mudi tak berapa kisah sgt halal ni .diorang asal viral jaa mesti serbu..halal @ tak belakang kira. Yg kisah halal haram ni kebanyakan yg dah ada family & ank2. Ank2 aii kalau masuk kedai makan mesti cari sign Halal tu
Post time 12-9-2024 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
orkid_amani replied at 12-9-2024 01:38 PM
Pendapat aii muda mudi tak berapa kisah sgt halal ni .diorang asal viral jaa mesti serbu..halal @ ta ...
Betul, i tengok kwn² socmed budak muda suka cafe hunting, food hunting ni redah je masuk restoran takde sijil halal sebab diorang ni mostly FOMO tapi yg dah berumur sket n ada family akan cari yang halal toyyiban
xde isu pun logo halal ni ..semua dah maklum kan.duk bangkit2 kan dah kenapa si teresah ni. saja nak bg org islam marah..tepuk dada tye iman.pilihan di tangan anda.nk mkn ke x nak ..thats all. owner type C tp kedai ada sijil halal dah bersepah..so mmg xde masalah nk dpt..just folo je rule..yg apply tp x dpt tu ada la sbb nya x dpt..jgn salah kan pihak lain. kata susah la..memalukan lah..membongak je.
p/s if tu pendapat personal ko x perlu lah ckp dpn media..ko sembang kt kedai kopi je la
Post time 12-9-2024 03:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
AcikCleaner replied at 12-9-2024 01:42 PM
Betul, i tengok kwn² socmed budak muda suka cafe hunting, food hunting ni redah je masuk restoran ...
Kan..mmg budak muda remaja suka mencuba..lagi2 skg ni baaanyaaak hypster cafe.. makanan pun dah fusion kena dgn selera depa..kita yg dah tua ni xdak laa hadap makanan ber cheese coklat sos melimpah gitu..bagi aii kesedaran Halal haram ni cikgu mmg dah ajaq sedari tadika kot..ank aii 4y pun tau semua makanan & minuman kena ada logo halal & expired date. Xtau laa kalau dah remaja lupa habis apa cikgu ajaq kat sekolah dulu
Tak bermaksud nak menyebelahi Teresa,tapi orang melayu ni bila mahu bahaskan perkara halalan toyibban bab makanan ni,jgnlah terlalu emosi. Fikirlah dgn sebaik2nya atas dasar pokok perkara kehalalanya, bukan perlu sentuh perkara2 yg tak berkaitan, mengheret2 ke perkauman.
Orang melayu yg baik hatinya, akhlaknya, imannya, tolonglah kawal perkataannya bila membincangkan sesuatu isu perkara, timbang drp segala segi. Suci, bersih dn halal pd perspektif Islam bukan setakat tak ade anjing dn babi dn bahan haram: arak, tuak, samsu dll dlm penyediaan makanan. Kalaupun di kedai/resto cina ada logo halal, bagaimana dgn status peralatan memasaknya: cawan, gelas, sudu-garpu, piring,pinggan-mangkuk, senduk,periuk kuali, pisau memotong (potong ayam, potong daging lembu, kambing, babi semua), besen, malah peti sejuk dn freezer simpanan makanan sejuk beku, pernah terfikir tak untuk diambil kira makanan bernon-halal yg sudah digunakan sebelumnya? Dn tangan tukang masak/chef yg tidak pernah besertu, terfikir sama tak?
Betul kata para agamawan, tubuh badan yg sering mengkonsumsi makanan non-halal, drp pendapatan haram juga: hasil rompakan, perjudian, menipu, rasuah, maka hati dn iman akan payah dididik untuk bertaqwa kpd Allah swt. Berkat pun jauh sekali lah. So, sbg umat Islam, kita ada tanggungjawab sendiri untuk mencari makanan yg halal atau yg tidak was-was.
Boleh tak org melayu isle jgn duk melompat sgtt ke thp yg nak mainkan sentimen agama dlm semua benda. Kena berfikiran terbuka ye, selagi sesuatu perkara tu ada kaitan dgn kepentingan negara, semua org blh bagi pendapat, kita agree or tak agree dgn pendapat tu itu perkara lain pulak. Dlmhal ni yes sijil halal mmg sesuatu yg berkaitan dgn islam tp bila nak diwajibkan restaurants itu dah jadi satu isu yg mempunyai kaitan dgn kepentingan negara kita, so semua org blh bagi pendapat tak kira org tu islam atau tak islam, klu kita tak agree dgn pendapat mana2 pihak psl isu ini, kita bagi point kita, mcm tu caranya dlm society yg matang. Bukan ko melompat mcm berokk kena belacannn suruh raja masok campor tangkap teresa lah apa lah, apa kejadah ni bodoh2 sgttt phuiii huh
Post time 12-9-2024 04:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saiya ulang(dr benang lain):
1.Sapa yg UNDANG mai pi make kt kedai cino xde sjil halal???
2.Sapa PELAWA mu make kedai cino xde sijil halal???
3.Sapa JEMPUT hang mai makan kat kedai cino xde sijil halal???
........