CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28280|Reply: 0

[Sarawak] JKM akan bantu keluarga atlet Para SUKMA selepas rumahnya musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode


FATIMAH

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah memberi jaminan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghulurkan bantuan kepada keluarga atlet Sukan Para Malaysia (Para SUKMA),
Christal Vencent Bonny yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran semalam.

Fatimah yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Para SUKMA XXI Sarawak berkata beliau telah meminta pegawai JKM bertemu dengan Christal.

“Saya beri jaminan kepada beliau agar tidak risau dan memaklumkan kepadanya JKM akan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada ibu bapanya.

“Buat masa ini, keluarganya tinggal bersama saudara-mara manakala Pejabat Daerah juga akan menjalankan tanggungjawab mereka.

"Kita bersyukur kerana tidak ada kehilangan nyawa ketika insiden itu berlaku," tambahnya ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.


Rumah Christal Vencent Bonny musnah dalam kebakaran kira-kira 8.53 pagi semalam.

Di sebalik kejadian menyedihkan itu, Fatimah tetap memberi kata-kata semangat kepada Christal untuk terus fokus membuat persiapan menghadapi Para SUKMA datang.

Ini kerana katanya, adalah menjadi hasrat ibu bapa Christal untuk melihat anak mereka kekal fokus mengharumkan nama Sarawak semasa Para SUKMA yang dihoskan Sarawak.

"Christal harus fokus untuk melakukan yang terbaik dalam persiapannya menghadapi persaingan di Para SUKMA.

“Ibu bapanya mahu beliau menumpukan perhatian dalam persiapannya," tambahnya.

Dilaporkan Christal, seorang atlet angkat berat, kini berada di Kuching untuk membuat persiapan menghadapi Para SUKMA XXI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024.

Menurut laporan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti kebakaran berlaku di rumah John Nari, Racha Dana dan keluarga mereka, termasuk Christal sendiri, Christy Glenndya Bonny, Ruth Chandi Racha dan Ricky John Umba (yang juga mengalami masalah mental).

Walaupun rumah itu musnah sepenuhnya, pusat pemindahan sementara tidak dibuka kerana mereka sekeluarga dapat tinggal bersama saudara terdekat.

Laporan itu juga berkata susulan kebakaran itu, bantuan segera disediakan termasuk enam set barangan makanan kering bernilai RM50 setiap satu dan bantuan kewangan selanjutnya akan disalurkan dalam bentuk cek atau pindahan ke akaun keluarga.

Laporan itu juga menyatakan anggaran keseluruhan bantuan berjumlah RM8,700 yang akan diagihkan bagi membantu keluarga itu membina semula kehidupan mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039105 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list