CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36867|Reply: 7

[Tempatan] Tu diaaaa, Imigresen terpaksa tambah kaunter dek

[Copy link]
Post time 16-9-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-9-2024 01:00 PM

ALOR SETAR: Lebih 51,000 pelancong telah melalui pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk ke Thailand bersempena dengan cuti persekolahan dan Hari Malaysia.


Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, jumlah berkenaan direkodkan sejak Khamis hingga semalam dan dijangka terus meningkat.


Beliau berkata pada masa sama jumlah pelancong yang memasuki Thailand melalui ICQS Kota Putra, Kuala Nerang pada Jumaat dan Sabtu lepas adalah sebanyak 6,003 orang.


“JIM ingin mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan kesesakan dan menjamin kelancaran perjalanan serta mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata JIM Kedah telah mengambil langkah proaktif dalam menghadapi peningkatan bilangan pelancong dengan membuka enam kaunter tambahan di pintu sempadan bagi menampung keperluan.


Mohd Ridzzuan juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk menyemak status perjalanan imigresen mereka terlebih dahulu bagi mengelak masalah di saat akhir seperti melibatkan sekatan akibat tidak membayar cukai pendapatan atau rekod kesalahan yang boleh menghalang perjalanan ke luar negara.


“Pastikan pasport sah dan lengkap sebelum ke sempadan serta sila patuhi peraturan Imigresen Thailand dan menjaga adab sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Insurans perjalanan yang lengkap juga disarankan,” katanya.


Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membawa masuk barang-barang larangan yang diharamkan oleh kerajaan ke negara ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang. – BERNAMA




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2024 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 biasa pon ramai
Cuti2 bertambah tambah ramai
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 10:09 AM | Show all posts
huh pokeymak dia tambah pekerja, yg tambah kaunter belah siam, belah malay ada la 4 kaunter kereta hr jumaat aku p... vs thai buka semua 10

setelah di timbang2, p kelantan jauh, p kl modal keras, p siam lah 2 dekat, boleh la bawak balik beras wangi 3 kampit dgn harga yg murah dr malay
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 12:19 PM | Show all posts
yang gi melancong ni sure geng2 walanon nih byk wet nih!!!.... geng walauntet dan walaun mana de wet nak melancong sebegini... tu sebab depa ni komplen islam terancam ..... ekonomi malaysia terok....... barangan di pasaran mahal .... rakyat dalam kesusahan......puak K H A WA R I J ni lebih rela pemimpin mereka kaya raya daripada mereka........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh nye cari beras…

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ketandusan tempat percutian utk keluarga. Tengoklah setiap kali cuti sekolah habis lumpuh aktiviti di cameron highlands akibat kereta bertali arus. Tempat lain pun sesak jugak. Tidak pelik jika rakyat malaysia memilih bercuti di thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia kecik sgt pastu mana2 pun sesak. dah abis roadtrip berapa kali pusing dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061874 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list