Pelancong Malaysia buat hal parkir sesuka hati di Thailand
Oleh KOSMO!
18 September 2024, 12:56 pm
TANGKAP layar video memaparkan polis Thailand mengeluarkan saman terhadap dua buah kenderaan dari Malaysia yang meletakkan kereta di tempat tidak sepatutnya.
PETALING JAYA – Tindakan segelintir pelancong negara ini meletakkan kenderaan sesuka hati semasa bercuti di Thailand mendapat kecaman ramai.
Melalui sebuah video yang tular di aplikasi X, terdapat beberapa buah kenderaan dikunci tayar kerana meletakkan kereta di tempat tidak sepatutnya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pelancong terbabit yang tidak menghormati undang-undang walaupun berada di negara orang.
“Dah biasa buat parkir begitu di Malaysia, bila majlis saman buat tak tahu. Dia ingat dekat Thailand undang-undang macam sini agaknya,” kata Oss.
“Jangan marah orang Singapura buat perangai masuk Malaysia kalau kita pun buat perangai yang tak semenggah masuk Thailand,” kata Jihadar.
“Dekat Thailand kalau nak letak kereta kena tengok garisan. Kalau merah memang tak boleh letak kereta,” kata Yus.
“Datang negara orang ada adab. Semua benda ada undang-undang ada budaya,” kata Rizq. – KOSMO! ONLINE
|