View: 45271|Reply: 8
|
[Tempatan]
"Siapa yang ketuk?" - Penduduk di Tanjong Karang diganggu ketukan misteri.
[Copy link]
|
|
UTAMA
Siapa yang ketuk?
Redzuan Muharam
[email protected]
NOR Azrin Mohd Ladi menunjukkan pintu rumah ibunya yang turut diketuk dengan kuat dipercayai oleh entiti misteri. FOTO Ihsan Nor Azrin Mohd Ladi
Tanjong Karang: "Saya yakin bukan orang tapi 'benda' itu walaupun hanya dengar bunyi dan tak nampak apa pun," kata Nor Azrin Mohd Ladi.
Nor Azrin, 46, menceritakan kisah ketukan misteri yang didengari di rumahnya dekat Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh di sini.
Kisah itu mendapat perhatian selepas Nor Azrin memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jirannya di TikTok yang meraih lebih 150,000 tontonan.
Bercerita lanjut, Nor Azrin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampungnya berkata, kejadian itu berlaku pada 17 September lalu pada 12.10 tengah malam.
Ketika itu, Nor Azrin berada di ruang tamu, manakala anak dan isterinya sudah tidur.
"Video saya kongsi itu menunjukkan suasana dan bunyi ketukan di rumah jiran…rakaman itu beberapa minit sebelum rumah saya terkena gangguan sama.
"Waktu duduk di ruang tamu, saya dengar dengan jelas bunyi ketukan di atas garaj dekat depan rumah.
"Bunyinya memang kuat sangat dan selepas terdengar, saya terus buka tingkap untuk tengok namun tak ada apa di luar rumah.
"Kalau orang yang buat, mustahil cepat sangat dia hilang dalam beberapa saat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Nor Azrin, bukan hanya rumahnya malah kediaman ibunya dan penduduk sekampung dengannya turut terkena gangguan sama.
"Rupanya rumah emak di sebelah pun kena dan saya tahu selepas adik yang tinggal dengan emak cerita terdengar bunyi ketukan pintu.
"Waktu itu, adik nak siapkan makanan untuk anaknya di dapur tetapi terpaksa batalkan niat selepas dengar bunyi ketukan pintu yang kuat.
"Disebabkan takut, adik terus masuk bilik dan keesokannya, saya dapat banyak mesej dalam kumpulan WhatsApp penduduk menceritakan mereka juga terkena gangguan sama.
"Dalam 20 buah rumah juga dan difahamkan ada juga beberapa penduduk kampung sebelah terkena tapi kebanyakannya tak berani buka pintu kerana takut," katanya.
Menurut Nor Azrin, kejadian itu pertama kali berlaku di kampungnya sejak menetap di situ kira-kira 46 tahun lalu.
"Sebelum ini, tak pernah pun ada gangguan sebegitu dan itu yang buat saya juga penduduk lain hairan.
"Selepas malam itu, tak ada lagi bunyi ketukan yang saya dengar.
"Niat saya muat naik video di TikTok sekadar nak kongsi pengalaman dan tak sangka pula raih tontonan tinggi," katanya.
Disiarkan pada: September 22, 2024 @ 3:11pm
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1136476/siapa-yang-ketuk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amboi cik abg ni posing kemain. Tak buleh ke tunjuk pintu saja. Ke nak kena sengih2 jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Korang perasan tak
Nape kita perlu angkat tangan paras bahu baru ketuk pintu
Padahal sebenar boleh je biarkan tangan kat bawah pastu ketok |
|
|
|
|
|
|
|
Burung belatuk kut malam2 buat sarang ke cari ulat.
Teeingat dulu my ex boss cerita, dia PM satu company terkemuka buat jalan potong hutan. Kena duduk dlm hitam so derang buat rumah mcm rumah kongsi tapi PM dan sedarjat dgn nya je yg duduk dlm bilik tu. Yg kuli semua tido dlm khemah. Satu hari biaing bunyi org ketuk pinyu kemah tapi sorang pun x berani tengok ye la dlm hutan ulu banat mana kan. My ex boss dia dia duk bahankan org mana de la only imagination la bagai. Satu hari hujan so derang semua balik ke bilik. Dah lepas makan semua nak tido tiba2 pintu dia kena ketuk pulak. Berderau la darah dia. Tp dia x percaya kan bemda2 ni so dia bernaikan diri nak buka pintu dia ckp lantak la apa jadi. Bunyi ketuk 3-4 kali berenti 3-4 kali berenti. So dia bukalah tutup mata takutkan. Tp tak de manusia yg ada anjing liar ug tumpang teduh hujan tido atas floor mat ekor dia yg bergoyang tu duk ketuk pintu. Anjing tu dr myla ikut derang masuk hutan sbb derang duk kasi makan. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 22-9-2024 09:17 PM
Amboi cik abg ni posing kemain. Tak buleh ke tunjuk pintu saja. Ke nak kena sengih2 jugak
muka ala sunyummmm |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum ngan gaya mcm tunjuk result best student spm 2023... |
|
|
|
|
|
|
|
macam selalu dengar kes ketuk pintu ni.. kecoh-kecoh kejap, pastu senyap.. lepas tu beberapa bulan kemudian, viral lagi kes ketuk-ketuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|