KOTA SAMARAHAN: Seorang anggota polis ditangkap menyamar sebagai pegawai kanan polis di hadapan sebuah bangunan kedai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Jaimi Husin (gambar) berkata anggota terbabit ditahan di anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) yang membuat rondaan cegah jenayah.
Menurutnya, semasa diperiksa anggota terbabit yang lengkap memakai vest polis berpangkat Inspektor mendakwa dirinya bekerja di Unit Cawangan Khas Bukit Aman dan sedang membuat risikan di lokasi tersebut.
Anggota terbabit yang ditahan di hadapan sebuah bangunan kedai di Kota Samarahan, semalam.
“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit merupakan pegawai rendah polis dan selepas menghubungi balai polis tempatnya bertugas, didapati dia tidak hadir bertugas sejak Mac tahun ini.
“Susulan itu anggota terbabit bersama seorang lagi rakannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Turut dirampas adalah sebuah kereta dan sarung pistol untuk siasatan lanjut.
|