View: 23179|Reply: 11
|
[Dunia]
Lubnan boleh jadi seperti Gaza - Setiausaha Agung PBB. #2, Lebanon diserang, hampir 500 terkorban
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 24-9-2024 02:23 AM
Lubnan boleh jadi seperti Gaza - Setiausaha Agung PBB
https://www.malaysiakini.com/news/720260
Bernama
Diterbitkan: Sep 24, 2024 8:00 AM
Dikemaskini: 8:00 AM
Lubnan berkemungkinan berubah menjadi seperti Gaza di tengah-tengah serangan yang semakin meningkat antara Israel dan Hizbullah, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad, lapor Xinhua memetik satu sumber berita.
Dalam satu wawancara dengan saluran berita Amerika Syarikat (AS) CNN, Guterres berkata bahawa letupan alat komunikasi terbaru di Lebanon menunjukkan terdapat "potensi untuk peningkatan yang lebih kuat," yang beliau khuatir akan menjadi "tragedi yang menghancurkan bagi dunia."
"Dengan kawasan ini berada di ambang bencana yang akan tiba, tidak boleh terlalu ditekankan secukupnya: tiada penyelesaian ketenteraan yang akan menjadikan mana-mana pihak lebih selamat," kata Penyelaras Khas PBB untuk Lubnan Jeanine Hennis, melalui X pada hari Ahad.
Ketegangan di sepanjang sempadan Israel-Lebanon meningkat dengan ketara berikutan letupan alat komunikasi di seluruh Lubnan pada Selasa dan Rabu yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan hampir 3,000.
Israel melancarkan serangan udara di Beirut pada Jumaat yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Hizbullah dilaporkan telah melancarkan lebih 100 roket ke utara Israel.
Tentera Israel dan Hizbullah telah saling menyerang di sepanjang sempadan Israel-Lubnan sejak 8 Oktober 2023, menimbulkan kebimbangan bahawa pertikaian yang hampir setahun ini boleh meningkat menjadi perang berskala penuh.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lebanon diserang, hampir 500 terkorban
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... mpir-500-terkorban/
Oleh KOSMO
24 September 2024, 8:41 am
Serangan udara Israel di bandar Baalbeck, lembah Bekaa, Lebanon semalam. - AFP
BEIRUT – Serangan udara tentera Israel ke atas Lebanon mengorbankan sekurang-kurangnya 492 orang semalam termasuk 35 kanak-kanak, kata kementerian kesihatan sekali gus menandakan hari paling dahsyat bagi keganasan rentas sempadan sejak perang Gaza bermula.
Israel berkata, ia membunuh ‘sebilangan besar’ anggota pejuang Hizbollah apabila ia menyasarkan kira-kira 1,600 lokasi di selatan dan timur Lebanon.
Ia termasuk serangan di Beirut dalam apa yang disebut oleh tentera Rejim Zionis sebagai ‘Operasi Panah Utara’.
Media Lebanon melaporkan serangan baharu di timur negara itu, manakala menurut Hizbollah, ia menyasarkan lima lokasi di Israel.
Kementerian Kesihatan Lebanon berkata, serangan itu membunuh 492 orang termasuk 35 kanak-kanak dan 58 wanita, serta mencederakan 1,645 yang lain. Menteri Kesihatan, Firass Abiad menjelaskan, ribuan keluarga telah dipindahkan.
Hizbollah, yang bertukar serangan hampir setiap hari dengan Israel bagi menyokong Hamas, berkata bahawa ia berada dalam ‘fasa baharu’ konfrontasi.
Menurut kumpulan itu, ia melancarkan roket di tapak tentera Israel berhampiran Haifa dan dua pangkalan sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel di selatan dan Bekaa. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
mcm yakjuj dan makjuj dah yahudi gila ni |
|
|
|
|
|
|
|
mmg yisrael ada kuasa besar serang negara lain sesuka hati ke,
nape tentera lubnan x masuk campur |
|
|
|
|
|
|
|
tentera lubnan sgt lemah lg lemah dri hizbulah
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang2 pun bantu la bg backup,ke takut kot habis terhapus semua tetera
|
|
|
|
|
|
|
|
negara2 islam lain tengok aje ummah islam dirogoli, dicabuli, diliwati, dirabai, etc |
|
|
|
|
|
|
|
Lubnan bukan Gaza.
Tak kan PBB pun tak tau beza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab yang berperang bukan Lubnan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nooo noo.. Aduhai banyak strat perang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ummah Islam Malaysia ... masih lagi dok bergaduh macam mana nak selesaikan masalah membaca.
Pada tahun 2024, masalah membaca pun masih tak boleh solve ... inikan pula nak solve masalah Israel.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksud PBB, jika serangan Israel terhadap Lubnan tidak dihentikan segera ... Lubnan akan musnah seperti Gaza.
Berpuluh ribu orang di Lubnan akan terbunuh. Berjuta rakyat Lubnan terpaksa hidup dalam khemah. Sekolah dan hospital akan dibom oleh Israel. Bantuan kemanusiaan akan disekat oleh Israel.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|