CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22289|Reply: 0

[Tempatan] Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI, inisiatif sara hidup di hujung jari

[Copy link]
Post time 24-9-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI, inisiatif sara hidup di hujung jari

https://www.bharian.com.my/berit ... idup-di-hujung-jari

September 24, 2024 @ 10:28am


Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI memaparkan hampir 150 inisiatif dan bantuan sara hidup melalui Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun lalu.

PUTRAJAYA: Dalam menyokong agenda komunikasi strategik Kerajaan MADANI terutama dalam aspek kos sara hidup, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membangunkan Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI.

Ianya sebagai salah satu strategi advokasi dan medium komunikasi kerajaan untuk menguar-uarkan program, inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan di bawah Kerajaan MADANI dalam aspek kos sara hidup.

Inisiatif khusus sara hidup yang ditawarkan adalah merangkumi tujuh kluster di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) iaitu Kluster Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti serta termasuk inisiatif umum yang lain.

Maklumat bantuan dikongsi menyeluruh

Kerajaan MADANI komited dalam memastikan semua maklumat berkaitan bantuan dalam meringankan kos sara hidup rakyat dikongsi secara menyeluruh dan holistik.

Dengan menggunakan pendekatan 'Inisiatif Sara Hidup di Hujung Jari', portal ini dibangunkan merentasi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Sistem yang berintegrasi ini akan dijadikan rujukan utama rakyat, malah dapat memastikan maklumat berkenaan pelaksanaan inisiatif dan objektif bagi setiap program di bawah kementerian berkaitan sampai kepada rakyat dan memastikan agenda utama kerajaan dalam menstabilkan kos sara hidup rakyat tercapai.

Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI memaparkan hampir 150 inisiatif dan bantuan sara hidup melalui Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri tahun lalu.

Antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan ke RM10 bilion, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut dinaikkan kepada RM700 juta, Program Payung RAHMAH MADANI dinaikkan kepada RM200 juta, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira had pendapatan ibu bapa, PeKA B40, FlySiswa dan banyak lagi.

Semak kelayakan bantuan dengan cepat dan mudah

Hanya dalam masa satu minit, rakyat dapat menyemak kelayakan bantuan yang merentasi pelbagai sumber bersesuaian, di samping dapat mengakses maklumat dengan lebih pantas dan mudah.




Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada portal ini ialah ia sentiasa mengemas kini segala maklumat mengenai bantuan khusus yang sedang atau bakal dilaksana akan dipaparkan di halaman utama bagi memudahkan pengguna portal.

Rakyat hanya perlu mengisi butiran itu sebelum dibekalkan maklumat kelayakan yang sepadan dengan profil masing-masing.

Pengguna akan diminta untuk mengisi maklumat asas seperti tahun lahir, jantina, negeri tempat tinggal, kumpulan etnik dan lain-lain.

Selepas selesai mengisi semua butiran hanya perlu klik pada Hasil Carian sebelum dibawa kepada paparan inisiatif dan bantuan yang bersesuaian untuk pengguna.

Pengguna juga boleh menekan butang 'Isi Semula' jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.

Malah, Portal Ihsan MADANI ini sesuai digunakan semua warganegara Malaysia pada semua peringkat umur kerana merentasi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Perlindungan data peribadi

Portal Ihsan MADANI tidak menyimpan sebarang maklumat atau data yang dikongsikan oleh pengguna sama ada dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.

Maklumat yang diisi pada Portal Ihsan MADANI adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.

Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.

Justeru, orang ramai diseru untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada portal ini supaya tiada rakyat yang akan tercicir menerima manfaat disediakan mengikut kelayakan masing-masing.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.ihsanmadani.gov.my dan boleh memuat turun aplikasi mudah alih Ihsan MADANI menerusi Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei AppGallery.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.800325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list