CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36268|Reply: 1

[Tempatan] Khairuddin bukan lagi Ketua Pengarah J-Kom, setelah 6 bulan dilantik. #2, Tanya menteri, Khairuddin enggan ulas penamatan KP J-Kom

[Copy link]
Post time 24-9-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-9-2024 06:56 AM

Khairuddin bukan lagi Ketua Pengarah J-Kom

https://www.malaysiakini.com/news/720294

Diterbitkan:  Sep 24, 2024 11:38 AM
Dikemaskini: 1:43 PM





Khidmat Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman, sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sudah ditamatkan walaupun baru kira-kira enam bulan dilantik ke jawatan tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia, penamatan itu disahkan sendiri oleh Mohd Khairuddin namun alasan di sebalik keputusan tersebut tidak pula dinyatakan.

Ditanya sebab perkhidmatan itu tidak diteruskan dan bila ia berkuat kuasa, bekas Adun Paya Jaras dan bekas Setiausaha PAS Selangor itu enggan memberi komen.

“Sebaiknya kalau dapat bertanya pada menteri,” katanya.

Mohd Khairuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom mulai 1 Mac lalu menggantikan Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada Nov tahun lalu.

Kekosongan jawatan berkenaan berlaku secara mengejut ekoran kontroversi membabitkan Agus dengan seorang kakitangan J-Kom, Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dianggap berbau lucah.

Pendedahan video berdurasi 3 minit 3 saat itu membawa kepada siasatan polis dan bekas ahli akademik terbabit kemudian berundur daripada jawatannya.

Sebelum ini J-Kom diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri namun dipindahkan ke Kementerian Komunikasi tidak lama selepas ia terpalit dengan isu melibatkan Agus dan Wahab.

Sementara itu BH Online pula melaporkan, Khairuddin memberitahu surat penamatan perkhidmatannya diterima semalam.

“Betul, (surat makluman) sudah diterima (daripada Kementerian Komunikasi).

"(Penamatan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah JKOM) sudah berkuat kuasa," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2024 02:54 PM | Show all posts
Tanya menteri, Khairuddin enggan ulas penamatan KP J-Kom

https://www.freemalaysiatoday.co ... penamatan-kp-j-kom/

Mohamad Fadli
24 Sep 2024, 11:05 AM


Mohd Khairuddin Othman dilantik ketua pengarah J-Kom pada 1 Mac lalu menggantikan Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November 2023. (Gambar Bernama)

Mohd Khairuddin Othman mengesahkan ditamatkan jawatan sebagai ketua pengarah J-Kom selepas enam bulan dilantik namun enggan ulas lanjut.

PETALING JAYA: Mohd Khairuddin Othman meminta media bertanya kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil apabila ditamatkan jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) selepas hanya enam bulan dilantik.

Beliau dilantik ke jawatan itu 1 Mac lalu menggantikan Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November 2023.

Elok kalau tanya terus dan rujuk pada menteri (komunikasi), katanya kepada FMT, namun enggan ulas lanjut.

Khairuddin yang juga setiausaha PKR Selangor dan bekas exco dilantik ketua pengarah J-Kom selepas Agus meletak jawatan susulan kontroversi perbualan lucah antara seorang lelaki dipanggil ‘Wahab’ dengan seseorang miripnya yang tersebar di media sosial.

Lelaki itu dikenali Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, bertugas sebagai penolong pegawai J-Kom.

Bagaimanapun, Agus memberi alasan peletakan jawatannya kerana menerima tawaran kerja baharu, bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak.

Agus dan Wahab kemudian membuat sidang media bersama pada 17 Nov tahun lalu menjelaskan isu berkaitan.

FMT menghubungi Fahmi untuk mendapatkan penjelasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 1.275981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list