View: 13522|Reply: 15
|
Umur hampir cecah 100 tahun, Tun Mahathir ‘selamba’ tekan 150 kilometer sejam di litar Sepang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mampu untuk memandu laju meskipun sudah berusia 99 tahun.
Menerusi perkongsian video di Facebook miliknya, memaparkan bekas pimimpin negara itu memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q5 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Di awal video berdurasi lebih tiga minit itu, Dr. Mahathir pada mulanya dilihat duduk di bahagian penumpang hadapan sambil dibawa mengelilingi litar dengan dipandu oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.
Selain dibawa meninjau litar dan fasiliti SIC, Dr. Mahathir kemudian dilihat memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan mencecah lebih 150 kilometer sejam.
Dalam sesi tersebut, Dr. Mahathir turut berkongsi mengenai sejarah pembinaan SIC yang dilaksanakan pada 1998.
Menurutnya, Malaysia yang tidak mempunyai banyak tarikan pelancongan ketika itu boleh memanfaatkan perlumbaan seperti Formula One untuk menarik pelancong dari negara lain.
“Selain itu, kita juga perlu hiburkan orang ramai dan mereka ingin lihat sesuatu yang baharu,” katanya ketika ditanya oleh Mohamed Azman.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara kedua di Asia yang menganjurkan perlumbaan Formula One selepas Jepun.
Sumber :– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Pecutan Atok ke liang lahad kekdahnyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta mahal2 mmg kalau 150km/hr tak rasa apa sangat sebab stable. |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu ada foremer cerita yg dia nampak Tun drive X90 kat tengah-tengah bandar KL. |
|
|
|
|
|
|
|
takde la pelik sangat
kat litar lurus bawa 150 biasala tu
jalan litar mmg takde cacat cela
kalau bawa 150 kat jalan biasa yg lekuk sana sini...
bumpy, berlubang, berlopak, berpasir dgn kebarangkalian si pinky dan biawak melintas
tu baru wow!
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur 99 tahun tu.. kalau setakat 70an tak la pelik sangat..
|
|
|
|
|
|
|
|
wikedsaikel replied at 25-9-2024 04:52 PM
Haritu ada foremer cerita yg dia nampak Tun drive X90 kat tengah-tengah bandar KL.
lagi rare kalau dia bawak proton lama kaler meyah |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Brunei bawa lagi laju atas runway, tapi dia bawa kapalterbang lah.
Kalau dah memuja tu akan dicari lah benda nak kagum. Kasi je lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih kagum kalau dia boleh berlari
|
|
|
|
|
|
|
|
steady |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah jugak. kalau dah benci tu ada jelah benda nak dibenci. nak dikomen. haters gonna hate. tak payah la nk pefeeling
|
|
|
|
|
|
|
|
Terang lagi ek mata dia. Meols time matahari terik pun da silau sampai mata jadi kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta mahal mmg syok tekan minyak. Tak terasa pun lajunya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tun ni mmg bagus la. Dah tua pun masih gagah boleh drive bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|