CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17507|Reply: 3

[Tempatan] Lombong pasir Manjung bakal musnahkan tempat penyu bertelur - NGO

[Copy link]
Post time 25-9-2024 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Lombong pasir Manjung bakal musnahkan tempat penyu bertelur - NGO

https://www.malaysiakini.com/news/720384

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Sep 24, 2024 8:30 PM
Dikemaskini: Sep 25, 2024 8:10 AM



Kumpulan alam sekitar menimbulkan kebimbangan terhadap potensi kemusnahan tempat pendaratan penyu hijau di kawasan pantai hutan simpan kekal Segari Melintang di Manjung, Perak.

Ini selepas kerajaan negeri menyah warta sebahagian besar hutan simpan berkenaan pada tahun lepas - termasuk kira-kira 287 hektar hutan bukit pantai - yang didakwa bertujuan memberi laluan projek kuari pasir.

Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata pihaknya bimbang projek itu akan menghapuskan tempat pendaratan dan menyebabkan spesies terancam itu kehilangan tempat bersarang.

Dia berkata kebiasaannya terdapat 10-20 sarang penyu setiap tahun di sepanjang pantai antara Tanjung Baru (utara Segari Melintang) dan Tanjung Hantu (selatan Segari Melintang), yang berhadapan dengan Selat Melaka.



“Namun, berdasarkan maklumat yang dikumpul SAM (Sahabat Alam Malaysia) setakat ini daripada rakan-rakan di Jabatan Perikanan dan pemungut telur berlesen, hanya terdapat sekitar lima tempat bersarang ditemui antara Januari dan September.

“Dulu ada tiga sarang di Pasir Pandak dan dua di Teluk Cina. Terdapat juga tempat mendarat di Pantai Yat-Yat.

“Tetapi kini penyu tidak lagi mendarat di Pasir Panjang Segari (Sungai Puyu) dan Pantai Yat-Yat.

"Kami mengesyaki penyu itu terganggu dengan aktiviti perlombongan silika yang telah pun bermula di kawasan Tanjung Hantu,” kata Ismady pada sidang media yang diadakan di Segari, Perak hari iniu bersama wakil NGO yang membentuk gabungan Rakan Segari.



Mereka termasuklah, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia, Pertubuhan Sahabat Ekologi Perak dan Kumpulan Komuniti Nelayan Jeti Sungai Gelam.

Ismady berkata Manjung satu-satunya kawasan di Perak yang menjadi tempat penyu bertelur dan membenarkan aktiviti melombong pasir di situ akan mengganggu populasi haiwan marin terancam itu.

'Pertimbang semula nyah warta hutan'

Jurucakap gabungan itu, Meor Razak Meor Abdul Rahman menggesa kerajaan Perak memikirkan semula sebahagian penyahgazetan kira-kira 548 hektar hutan simpan Segari Melintang, terutama di kawasan pantai.



Walaupun langkah itu sah, Meor berkata kerajaan negeri perlu mempertimbangkan kesan keputusannya terhadap ekosistem dan mata pencarian nelayan di kawasan berkenaan.

Kawasan itu juga merupakan satu-satunya hutan bukit pantai yang masih wujud di sepanjang pantai Teluk Mengkudu di Pengkalan Baharu, Manjung yang mempunyai biodiversiti unik, tambahnya.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusannya untuk menyahwartakan hutan simpan khususnya kawasan ini (bahagian pantai).

“Mungkin tidak mengapa untuk menyahwartakan (hutan) di bahagian lain untuk tujuan komersial, tetapi kami sangat prihatin dengan bahagian pantai ini.



“Sebab kawasan pantai (terjejas) itu menjadi sarang penyu dan juga digunakan nelayan sebagai tempat berteduh ketika cuaca buruk.

"Semua ini akan musnah (oleh aktiviti perlombongan pasir terbabit),” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 10:37 AM | Show all posts
ini projek marhain ka projek yellow?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 25-9-2024 10:55 AM
white_musk replied at 25-9-2024 10:37 AM
ini projek marhain ka projek yellow?


Cuba tgk isu2 sebelum ni...kat negeri2 lain yang ada 9 "rings" LOTR..Biasanya bila libatkan balak - pasir - kuari - lombong...pejabat rakyat yg dilantik secara demokrasi mmg tak boley nk buat apa2...

Kalau kita digging lagi...confirm business tu business cina pakai cokmar melayu...ape brg nk harapkan sekadar tongkat melayu...cokmar melayu kan ada..approach je laa...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjuta juta boleh dapat hasil cukai galian.. geng nelayan boleh cari tempat lain nak tangkap ikan yg x seberapa tu. Penyu pun sama korang cari le pantai lain nak bertelur sibuk je nak bertelur kat situ buat apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.431410 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list