View: 35875|Reply: 4
|
[Tempatan]
SFZ Forest City beri limpahan kepada Iskandar Puteri
[Copy link]
|
|
SFZ Forest City beri limpahan kepada Iskandar Puteri
https://www.freemalaysiatoday.co ... da-iskandar-puteri/
FMT Reporters
25 Sep 2024, 03:10 PM
CEO Iskandar Investment Berhad Idzham Mohd Hashim berkata SFZ Forest City dijangka percepat transformasi Iskandar Puteri kepada daerah perniagaan bertaraf dunia. (Gambar AFP)
Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad Idzham Mohd Hashim berkata zon kewangan itu akan menarik gelombang perniagaan baharu.
PETALING JAYA: Kebangkitan semula Forest City yang ditunggu-tunggu melalui Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City dijangka memangkin trajektori pembangunan Johor.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Idzham Mohd Hashim, berkata pengenalan SFZ bertepatan ketika Johor bersedia memanfaatkan kedudukan strategik, termasuk menjadi hab kewangan dan ekonomi penting di rantau ini.
“Berdekatan dengan Singapura, salah satu pusat kewangan terulung dunia, mengukuhkan lagi daya tarikan Johor kepada pelabur global dan meletakkannya sebagai pemain utama dalam ekonomi serantau.
IIB melihat perkembangan ini sebagai peluang menarik bagi Iskandar Puteri, di mana kami memainkan peranan strategik sebagai pemaju induk, katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dengan projek sedia ada seperti Tech Medini dan GBS Iskandar @ Medini, Iskandar Puteri sudah pun berkembang maju sebagai hab untuk teknologi dan inovasi.
SFZ Forest City akan melengkapkan usaha ini dengan menarik gelombang perniagaan baharu, meningkatkan permintaan untuk ruang komersial berkualiti tinggi, dan memacu pelaburan seterusnya dalam infrastruktur, katanya.
Idzham Mohd Hashim.
Idzham berkata, selain itu ia akan mempercepatkan transformasi Iskandar Puteri kepada daerah perniagaan bertaraf dunia dan pusat pekerjaan berkemahiran tinggi.
Katanya, projek infrastruktur Johor yang akan datang seperti sistem transit pantas (RTS), transit pantas autonomi (ART), dan potensi pemulihan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) – akan mempertingkatkan kesalinghubungan antara SFZ, Iskandar Puteri, dan Singapura.
Rangkaian pengangkutan ini akan melonjakkan lagi daya tarikan Iskandar Puteri kepada pelabur dan perniagaan global, menjadikannya destinasi yang lebih mudah diakses, katanya.
Katanya, IIB komited membina metropolis masa depan yang inklusif dan mampan di Johor dan SFZ Forest City akan memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan visi itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Solutionnya ada di depan mata. Petik jari ja.
Nak jadi world class atau bandar hantu, pilih!
|
|
|
|
|
|
|
|
kowser lah... iols bru pi jb 2 mggu lepas... kotor yakmatt... area2 pasar karat, jln dhoby tu kotor.. masuk city square bru iols boleh bernapas.... dgan org tak siuman mabuk2 ramai mintak sedekah kt situ.... nk jd world class kunon.... Larkin ok sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suggest U tulis surat komplen kpd MBJ, cc copy kpd TMJ keadaan tempat yg U sebutkan supaya mereka celik sikit, biar PBT/TC diorang buat kerja. Tak pun ambik gambar, upload kat tiktok. Baru mereka menggelupur dn besoknya terus bersih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|