View: 35806|Reply: 6
|
[Tempatan]
Harga minyak turun, PETRONAS dijangka bayar dividen lebih rendah
[Copy link]
|
|
Harga minyak turun, PETRONAS dijangka bayar dividen lebih rendah
https://www.bharian.com.my/bisne ... ividen-lebih-rendah
Oleh BERNAMA - September 25, 2024 @ 1:27pm
Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS - NSTP/GENES GULITAH
KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd menganggarkan pembayaran dividen daripada PETRONAS akan lebih rendah daripada RM32 bilion pada 2025, disumbangkan oleh prestasi yang lebih lemah pada 2024 di tengah-tengah penurunan harga minyak.
Bank pelaburan itu berkata, adalah penting bagi mendapatkan maklumat jangkaan pembayaran dividen PETRONAS untuk 2025 terutamanya apabila perbincangan antara Petroleum Sarawak (Petros) dan PETRONAS masih berterusan.
Kerajaan juga berkemungkinan akan mengutamakan inisiatif tenaga hijau untuk menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), katanya.
"Oleh itu, kami tidak akan terkejut terdapatnya peruntukan untuk pembangunan tenaga boleh baharu, dan mungkin juga penambahbaikan infrastruktur grid untuk memudahkan inisiatif seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat," katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.
Satu daripada langkah ketara yang mungkin dibentangkan dalam Belanjawan 2025 ialah penerusan atau pengembangan rebat tunai di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih bagi memacu penggunaan solar, terutamanya dalam kalangan pemilik rumah, menurut bank pelaburan itu.
Untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar kediaman, RHB Investment Bank mencadangkan sokongan tambahan diperlukan terutamanya untuk kumpulan B40 menerusi pinjaman dan subsidi dengan faedah yang rendah.
Kerajaan pada masa yang sama masih menilai kesan rasionalisasi subsidi diesel, katanya.
Ia percaya kemungkinan penghapusan subsidi RON95 mungkin tidak diketengahkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.
Sebaliknya, RHB Investment Bank percaya hab petrokimia di Pengerang akan mendapat manfaat pada pembentangan itu sekiranya butiran lanjut mengenai perkembangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diumumkan.
-BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak apa yang turun? Cakap biar terang.
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn....beriya aku masuk thread.....ishkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Di hujung artikel cerita nak hapuskan subsidi RON95. |
|
|
|
|
|
|
|
Walanon dok gebang ringek turun, minyak turun tp takkan la dividen pun nak trun gak siap nak mansuh subsidi lagi tu.. apa punya sial la krajaan BT ni |
|
|
|
|
|
|
|
Last 2w kan station minyak area rumah aii habaq minyak xdak padahal tanya2 bos di beli minyak sehari sebelum harga 95 murah. Kemain sanggup xmau rugi xbukak pump. Dok ingat rosak ka apa.2-3hari gak laa Shell dok buat lagu tuu.Apaaa lg kami ramai2 habaq nk p report kat KPDNK baru dia bukak utk org isi minyak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|