View: 29319|Reply: 3
|
Impian Azroy berlumba di WSBK tercapai
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar akan membuat penampilan sulung di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 selepas memperoleh tiket 'wildcard' beraksi di perlumbaan WorldSSP Pusingan 10 di Aragon, Sepanyol minggu ini.
Segar dengan kemenangannya di Perlumbaan 2 kelas SS600 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, perkembangan itu disahkan pasukan yang akan disertainya PETRONAS MIE Racing Honda, hari ini.
Tidak asing dengan pasukan MIE Racing yang berpangkalan di Jepun itu, pelumba berbakat berusia 24 tahun itu pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 secara 'wildcard' di Grand Prix Malaysia tahun 2022 dan 2023 dengan pasukan yang sama.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan Boon Siew Honda, PETRONAS MIE Racing Honda dan semua orang yang membuatkan penampilan saya secara 'wildcard' ini berlaku.
"Ini adalah peluang dan sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik untuk mempamerkan kebolehan saya untuk perlumbaan WorldSSP," katanya.
Di Sepanyol, Azroy akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba berbakat negara, Khairul Idham Pawi dan pelumba Jepun, Kaito Toba.
Dan jentera yang digunakan adalah sama seperti ditunggang di pentas ARRC iaitu Honda CBR600RR.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
comel budaknya, muka2 rempt |
|
|
|
|
|
|
|
Roy! Roy! Hati kau keras Roy!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuuu Jejak..
Jalan Ynag Berliku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|