CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10793|Reply: 0

[Sabah] Lelaki hilang selepas bot bertembung ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:10 PM | Show all posts |Read mode




LEMAS: Mayat mangsa dihantar ke hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis.

SANDAKAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah lagi bot di perairan Kampung Bahagia, di sini ditemukan lemas, pagi tadi.  

Mayat Adzmin Isa,33, ditemukan oleh orang awam berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang, pada jam 9.50 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.52 malam, semalam.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera termasuk sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot orang awam.

“Mangsa ditemukan terapung oleh orang awam berhampiran dari lokasi kejadian pada hari kedua operasi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi.

Terdahulu, bot yang dinaiki mangsa bersama empat rakannya dipercayai bertembung dengan sebuah lagi bot lain di perairan berkenaan semalam, sebelum dia dilaporkan terjatuh dan hilang di laut berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.106867 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list