CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11065|Reply: 3

[Sabah] Remaja dipenjara 11 bulan, tipu maklumat kad pengenalan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu ketika memohon gantian kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabalu, pada 20 September lalu.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Sarah, 19, membuat pengakuan itu selepas dituduh mengikut Peraturan 25(1)(b)  Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula pada tarikh dia ditangkap, iaitu pada 20 September 2024 dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, pada kira-kira jam 10.30 pagi, 20 September lalu, tertuduh datang ke Kaunter Bahagian Kad Pengenalan JPN Sabah untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan atas nama Noralisah Asliah dan mengemukakan dokumen sijil kelahiran atas nama yang sama, selain laporan polis kehilangan kad pengenalan.

Bagaimanapun, perbandingan cap ibu jari tertuduh didapati tidak sepadan dengan rekod kad pengenalan dalam Pangkalan Data JPN dan semakan turut mendapati rekod nombor kad pengenalan yang ingin diganti sudah dikeluarkan kad pengenalan kepada orang lain berstatus warganegara.

Berikutan itu tertuduh dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuaasan JPN Sabah untuk tindakan lanjut dan hasil soal siasat, tertuduh mengaku bernama Sarah, lahir di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, manakala sijil kelahiran yang dibawa bukan miliknya.

Berdasarkan siasatan itu, tertuduh kemudian ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN Sabah, Mohamad Faizal Tahir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti pilak yang pok silap ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:51 PM | Show all posts
"Berdasarkan fakta kes, pada kira-kira jam 10.30 pagi, 20 September lalu, tertuduh datang ke Kaunter Bahagian Kad Pengenalan JPN Sabah untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan atas nama Noralisah Asliah dan mengemukakan dokumen sijil kelahiran atas nama yang sama, selain laporan polis kehilangan kad pengenalan."

Surat beranak sapa dicurinya.

Aku pernah tengok satu IC (tak tau ori atau palsu) tuan punya badan serupa sudah anak 2 (rupa dan character) tapi umur on IC baru 16.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 12:07 PM | Show all posts
Terima kasih kaka Vellfire.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067121 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list