View: 11442|Reply: 0
|
Lelaki Dakwa Ada Individu Jual ‘Lolipop’ Mengandungi Dadah Di Aplikasi TikTok
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini tular, seorang lelaki mendakwa ada individu yang menjual ‘lolipop’ yang mengandungi dadah di aplikasi TikTok.
Seorang pengguna TikTok yang lebih dikenali sebagai Daddy Rah menerusi satu hantaran video, menjelaskan bahawa ibu bapa di Thailand sudah menerima amaran tentang bahaya gula-gula tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila kewujudan gula-gula ini bukan sahaja diketahui oleh orang dewasa malah kanak-kanak bawah umur juga.
"Masalah paling besar, bawah umur pun tahu tentang gula-gula ni. Benda ni dadah tau, gula-gula ‘lolipop’. Ibu bapa dekat Thailand dah kena amaran tentang dadah rekreasi dalam bentuk ‘lolipop’ ni."
"Lepas tu ada orang jual dekat TikTok. Kau jual dadah, nanti berurusanlah dengan polis atau AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) ke."
Lelaki tersebut juga meluahkan rasa kurang senang apabila TikTok sering menyekat kandungan yang bermanfaat, namun membiarkan kandungan yang sebaliknya disiarkan.
"Cuma TikTok ni aku tak faham, buat video tentang kesedaran dadah nanti video kena ‘remove’ (keluarkan). Moderator TikTok tolonglah, tak tahu la manusia atau AI (kecerdasan buatan)."
"Hantaran macam tu lepas, tapi yang bagi kesedaran kau orang keluarkan, apa benda? Gula-gula tu boleh lepas, memang jahanam."
Sementara itu, ada juga individu yang menjadikan perkara ini sebagai bahan gurauan dan ramai juga yang berminat untuk membeli ‘lolipop’ tersebut walaupun sudah mengetahui kandungan yang ada di dalamnya.
Sumber – OhMedia |
|
|
|
|
|
|
| |
|