Notis dikeluarkan Sarawak Forestry Corporation hari ini.
BINTULU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) hari ini melancarkan operasi memburu buaya kawasan Sungai Annap, Batang Tatau, di Bintulu.
SFC menerusi laman Facebooknya berkata, operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah Tatau itu akan berlangsung sehingga 7 Oktober depan.
Justeru, SFC memohon dan menasihatkan penduduk sekitar agar berjaga-jaga dan mengelak aktiviti di sungai.
“Buat masa ini, penduduk dilarang melakukan sebarang aktiviti di sepanjang 5 km ke hulu dan 5km ke hilir sungai dari pasar lama Tatau,” katanya.
SFC turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar atau maklumat tidak sahih untuk mengelak sebarang spekulasi.
“Segala perkembangan yang sahih atau pengumuman rasmi hanyalah daripada pihak SFC, PDRM Tatau atau Pejabat Daerah Tatau,” katanya lagi.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/26/sfc-lancar-operasi-buru-buaya-di-batang-tatau |