CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31539|Reply: 19

Isteri minta cerai tanpa ada kesalahan suami, haram masuk syurga

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Isteri minta cerai tanpa ada kesalahan suami, haram masuk syurga

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... haram-masuk-syurga/

Oleh KOSMO!
26 September 2024, 4:10 pm


Ustaz Azhar.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi satu sesi ceramahnya, menjelaskan tentang situasi isteri yang meminta cerai daripada suami tanpa sebab munasabah.

Ustaz Azhar turut menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita meminta cerai daripada suami tanpa ada kesalahan atau kejahatan yang dilakukan pasangan tersebut.

“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.

“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menitipkan nasihatkan kepada kaum hawa untuk kekal bersabar demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, terdapat lima perkara yang membolehkan seseorang isteri itu meminta cerai daripada suami.

“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.

“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya. Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka. Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takmo saman ostad ni pulak ke mempitenah engkau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke isteri yg mintak cerai tanpa sebab??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suami cerai tanpa kesalahan isteri  masuk mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak saman kenapa? Dah betul la UAI ckp. Kalau laki x salah. Mana kita nk tau laki dia salah ke x??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan kena sabarrrrr....huhu
Laki takpe ada skandal sebab ada 3 lagi kosong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kalau dah tak cinta or sayang pun boleh mintak cerai ke. Macam penah ku dengar ceramah sebut gitu sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:38 PM | Show all posts
'kesalahan' tu dari sudut pandang siapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nah.. Talian hayat dr tohan dh bersuara.
Koh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 26-9-2024 09:53 PM
Ada ke isteri yg mintak cerai tanpa sebab??


Bukan tanpa srbab. Maksudnya sbb yg remeh.

Contoh:
Dulu masa i dlm court syariah...mcm² sbb la mereka nak cerai. Ada yg nak cerai sbb suami dengkur kuat sgt, ganggu tido nya...dsb

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul dah tu UAI terangkan.
Kepada forumers sila dengar video penoh ceramah ni jgn suka petik sekerat2 lepastu buat komen bukan2.
Jenis FOMO geletis nk komen apa ustaz terangkan tp tak ketahuan konteks yg UAI bincangkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:18 AM | Show all posts
jejaka_hensem: Ada ke isteri yg mintak cerai tanpa sebab??



ADA....SELALU LPS LAKI KAWEN BARU
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:20 AM | Show all posts
amyza replied at 26-9-2024 10:25 PM
Pompuan kena sabarrrrr....huhu
Laki takpe ada skandal sebab ada 3 lagi kosong

KALAU DI IZIN TAK JADI SCANDAL DI SISI AGAMA... DIA JADI SCANDAL SBB BINI "TUA"  TAK BAGI
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:22 AM | Show all posts
tered bau2 bacang patah pajura ni humban la ke bod gussip sana

weols nak cikcur2 tanpa ganguan citer retis plissss
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 27-9-2024 01:39 PM

Begitulah perangai org akhir zaman..bila org bg nasihat dan teguran berlandaskan syariat..ada la xkene itu ini tanpa nak ambil pengajaran...mmmm

Tak takut ke..khusus utk para isteri... Belum dilaknat para malaikat dan para makhluk sekalian..dicampur.xdpt msk syurga...ingt neraka tu tmpat ko blh healing holiday bagai...xingt ke hadis, yg perempuan plg ramai msk neraka...dan golongan yg ramai itu adalah para isteri...iaitu isteri yg selalu xmenghargai pengorbanan suami etc....tp Allah swt juga Maha Penyayang..Allah SWT dah janji, wanita plg mudah msk syurga kalau ada redha suami, taat suami etc...(kan ada yg persoal pula, kalau laki jahat mcm mana nak taat..itu gunanya kene berilmu..barulah ko fhm dan tau batas2 dan asbab2 yg membolehkan ko dpt balasan syurga Allah SWT..

.of cosla semua ceramah selalu adalah secara umum tp psl kehidupan ko sendiri, sbb tu kene berakal dan berilmu utk ko sendiri tentukan tahap hidup ko...bkn melenting xtentu pasal bila org bg teguran atau nasihat....mmmmm susah sungguh nak mendidik masyarakat terpaling sekarang ni...ko xtgk hura hara masalah sosial masyarakat skrg ni..semuanya gara2, bila srh kembali hidup sekurangnya hiduplah berdasarkan asas agama yg mudah...dah berkompang itu ini....tahla ko labu....good luck la meniti zaman2 akhir ni semua... pandai2 korangla...yela org bg nasihat, dicemuh..ko kan terpaling pandai serba serbi....all de best la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AkokKocik at 27-9-2024 03:49 PM

Hanya somi/istri je yg tau keburukan paling dlm pasangan masing2...yg buatkan diorg xdpt nk bertahan tp xdpt nk bagi tau...

contohnya kote somi pendek/kecik sangat sampai istri xpuas/ xrasa apa2, tiba2 dh slesai...xkan somi je blh dpt kepuasan waktu seks...tp istri xblh aibkan somi, jadinya istri xnyatakan sbb minta cerai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 11:12 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 26-9-2024 11:17 PM
Bukan kalau dah tak cinta or sayang pun boleh mintak cerai ke. Macam penah ku dengar ceramah sebut g ...

Yep, iol prnh dngr cmni msa attending mjlis nikah org
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 12:28 AM | Show all posts
limesherbet replied at 27-9-2024 07:50 AM
Bukan tanpa srbab. Maksudnya sbb yg remeh.

Contoh:

Yg iol prnh bca, ada yg minta cerai psl partner sllu brbau ketiak busuk lol. Msa brcinta snggup hidu, dh khwin, jdi bnci
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je kes nk cerai sebab bini suka mkn junkies dlm kereta...
Suami suka tanggal spender atas lantai dlm bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 27-9-2024 01:33 PM
Begitulah perangai org akhir zaman..bila org bg nasihat dan teguran berlandaskan syariat..ada la xke ...

Wanita zaman skrg konon2 women empower sgt..sampai tugas lelaki digalas olehnya...

Maka ramai yg tidak menghormati suami..bercakap lemah lembut dan beradab..

Sy pernah jumpa wanita yg herdik suaminya kerana terlupa bagi duit baki rm0.90 dari kedai runcit...kemudian dia ugut nak pukul suaminya..

Lelaki itu nampak mcm bodow2 alang aje...senanglah diperkudakan...ada anak kecik 1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.177447 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list