CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33990|Reply: 6

[Tempatan] Kerajaan MADANI sekarang berperang dengan rasuah, penyelewengan, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan MADANI sekarang berperang dengan rasuah, penyelewengan - Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... penyelewengan-anwar

Oleh Mahani Ishak - September 26, 2024 @ 5:38pm
[email protected]


Anwar melihat lakaran pelan projek ketika majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Tapak Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI di bawah kepemimpinannya ketika ini sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin negara, beliau mahu gejala itu dapat dihapuskan demi pembangunan Malaysia lebih baik.

"Kerajaan MADANI berperang sekarang dengan rasuah, penyelewengan. Orang membicarakan mengenai Islam, tapi (mereka) merompak hasil kekayaan negara kita hingga berbilion ringgit.

"Saya tidak mahu hal ini berlaku, perlu ada pengajaran. Mustahil kita semak setiap kontrak (tender), jadi akan ada ketirisan dana, negara mana mampu maju jika ada ketirisan ratusan juta, berbilion ringgit," katanya.

Beliau juga menegaskan, setiap pemimpin seharusnya memberi contoh yang baik kepada rakyat bagi mengangkat darjat Islam dalam negara serta tata kelola yang cekap dan pantas.

"(Adakah) Jika pemimpin menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mesti memiliki ratus juta. Bila kita minta mengisytiharkan harta, (dia) marah.

"Tetapi, saya jika diminta mengisytiharkan harta, esok saya isytihar, baru jadi pemimpin contoh," katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Lot 37856 Jalan Alam Sutera, Taman Alam Sutera Bukit Jalil di sini, hari ini.

Kompleks baharu SMISTA bernilai RM70 juta dijangka siap pada 2028 boleh memuatkan sehingga 576 pelajar, 130 guru berbanding kapasiti sedia ada iaitu hanya mampu menampung 363 pelajar dan 86 guru termasuk pengurusan sekolah.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Pada masa sama, Anwar berkata, seluruh jentera kerajaan dan swasta perlu dibersihkan daripada gejala itu demi masa depan yang baik untuk negara.

"Kita mampu (menangani rasuah), tetapi syarat seluruh jentera harus dibersihkan, kadang-kadang tazkirah banyak, pakai kopiah putih ramai, tetapi yang sakau (curi) juga ramai, ini membuatkan kita pening.

"Jangan pandang ringan, kadang-kadang saya beritahu kawan-kawan untuk perangi lawan rasuah pun tidak kena, yang pertahankan rasuah besar pun tak kena. Saya tak faham apa yang kurang di Malaysia ini," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan dalam masa hampir dua tahun, beliau tegas untuk tidak menambah projek mega baharu.

"Sehubungan itu, saya minta rakyat tidak menilai pencapaian saya dengan adanya mercu tanda pembangunan bangunan pencakar langit," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 08:29 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-9-2024 10:52 PM

Selain RASUAH ..Tampaknya masalah RACISM yang tambah menguat  juga harus menjadi fokus PMX kerajaan madani untuk diselesaikan segera ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 26-9-2024 08:29 PM
Selain RASUAH ..Tampaknya masalah RACISM yang tambah menguat tampaknya  juga harus menjadi fokus PMX ...

"kami punya kereta cepat..pasti negara tertangga ketar ketir"-kohona
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang bab rasuah tak abis2,sambil wak tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Sembang bab rasuah tak abis2,s ...


Haha selagi wak di situ. Poodah lah segala acting.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:04 PM | Show all posts
sampai sekarang tun mahatir tak di dakwa walaupun dulu di tuduh bermacam macam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2024 01:02 AM | Show all posts
Edited by clueless_gamer at 29-9-2024 01:09 AM
nusaraya replied at 26-9-2024 08:29 PM
Selain RASUAH ..Tampaknya masalah RACISM yang tambah menguat  juga harus menjadi fokus PMX kerajaan  ...

ya udahlah mbak.. urusin aja negara loe sono.. kok skizofernia belum dirawat?

nih kasian deh orang papua ni di hina selalu.. gimana mbak? jangan hipokrit terusan.. ngaku ajalah racist tapi sok suci


proyek kereta cepat bakalan bangkrut? waduhhh.. masa sihhh


kami dah ada kereta LRT / ERL / ETS udah lebih 20 tahun mbak.. gak perlu berkoar koar kayak org gila ya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.653251 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list