View: 32310|Reply: 14
|
[Tempatan]
Anwar Ibrahim arahkan bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan. #9, 'Sudah 2 kali' – Anwar berdepan gesaan saman Bloomberg selepas dituduh 'selamatkan' Farhash
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 29-9-2024 03:31 PM
Anwar arahkan bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan
https://www.malaysianow.com/my/n ... -saham-kata-laporan
MalaysiaNow
September 26, 2024 2:14 tengahari
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador. Gambar: Facebook
Sebaliknya, perdana menteri mengarahkan Azam Baki untuk memulakan siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya serta bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, menurut sumber Bloomberg.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit, lapor Bloomberg yang memetik tiga sumber yang disifatkan arif mengenai perkara itu.
Memetik sumber, akhbar kewangan itu turut melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin telah dilancarkan atas arahan Anwar.
Kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dalam laporan itu yang diterbitkan hari ini.
Pada Mac, Farhash dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja satu bilion ringgit.
Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.
Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.
Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.
Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.
HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.
Sementara itu, Bloomberg dalam laporannya hari ini berkata kakitangan SPRM turut diarahkan untuk menggambarkan siasatan ke atas Mahathir dan Daim sebagai sebahagian daripada "penyiasatan berterusan terhadap pendedahan mengenai dua kebocoran besar dokumen ", merujuk kepada pendedahan Kertas Pandora dan Panama.
Menurut laporan itu, tindakan Anwar sejak dilantik perdana menteri dilihat bercanggah dengan janjinya ketika memimpin gerakan reformasi selama lebih dua dekad.
Ia berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, sebaliknya menggunakan undang-undang itu terhadap musuh politiknya termasuk Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.
"Beliau berdepan masalah kredibiliti yang semakin meningkat," laporan itu memetik pemerhati politik Bridget Welsh.
"Kekecewaan (terhadap Anwar) lebih besar disebabkan harapan yang tinggi," tambahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
atok pung pang pung pang psal bangnon, psal najib, dua2 sekejapan je jd kes di mahkamah..... bangnon punya pung pang pung pang pasal atok jenuhhhh iols tunggu bila la atok nak sangkut, dari tahun 98 kot, dgan kotak2 nya lah, maha kaya la itu lah ini lah ujong2 nan hado..... plg kelako SPRM minta sapa2 ada maklumat tentang salahlaku atok utk tampil lapor dan atok sendiri pun minta bukti dari bangnon smpai bangnon kena saman dgan atok pasal tuduh atok mcm2 bukti xde bagi ponggggggggggggg............
itupun masih ada lagi orang sokong org munafik menipu mcm ni utk jd pemimpin... i kenot brain |
|
|
|
|
|
|
|
Klau slh siasat jelah. tpi sprm ni sepatutnya badan bebas kan. Xperlu ikut arahan pm klau btul nak ttup salah lain |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan le buka aib org di ari jumaat ni |
|
|
|
|
|
|
|
siap la bloombek kena saman nanti .... eheh |
|
|
|
|
|
|
|
Bloomberg mmg x senang tgk malaysia aman, SPRm pun dah nafi..perrcaya sgt la kapir bloomberg yahudi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Penafian SPRM tak cukup, Anwar mesti saman Bloomberg - Peguam
https://www.malaysiakini.com/news/720783
Diterbitkan: Sep 27, 2024 9:20 PM
Dikemaskini: 9:24 PM
Peguam Haniff Khatri Abdulla meminta Anwar Ibrahim supaya memfailkan saman terhadap media antarabangsa, Bloomberg yang melaporkan Perdana Menteri itu campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam itu merujuk laporan Bloomberg di mana SPRM didakwa menerima arahan Anwar untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.
"Sebagai seorang pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa perdana menteri sebagai jawatan tertinggi urus tadbir negara perlu pada setiap masa mengambil langkah-langkah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengukuhkan nama baik kerusi perdana menteri dan negara ini.
"Sekiranya ada media antarabangsa seperti Bloomberg berani membuat satu laporan palsu tanpa usul periksa, maka langkah sebaiknya adalah tindakan undang-undang fitnah -defamation yang wajar perlu diambil dalam kes ini," kata Haniff dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook miliknya petang ini.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan media tersebut dan menyifatkannya sebagai tohmahan liar.
Meskipun tidak menamakan mana-mana individu, suruhanjaya itu jelas merujuk kepada laporan MalaysiaNow yang memetik artikel daripada Bloomberg.
Haniff bagaimanapun berkata penafian SPRM sahaja tidak memadai untuk memastikan jawatan perdana menteri tidak disalahgunakan.
“Penafian baik tetapi tidak cukup sebab bukan sahaja nama peribadi perdana menteri itu ditohmahkan, tetapi yang lebih penting bagi rakyat Malaysia, kerusi perdana menteri dicampuradukkan sebagai kerusi yang menyeleweng atau kononnya menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan kepada SPRM," jelasnya.
Tambahnya, Anwar pada 27 Mac lalu turut dipetik berkata bahawa dia sendiri akan menyemak mengenai isu itu dengan kementerian kewangan.
Kata Haniff, hari ini genap enam bulan tetapi masih tiada kenyataan lengkap dikeluarkan oleh perdana menteri.
Farhash pada Mac lalu dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam Heitech Padu Berhad yang memperoleh kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.
Bagaimanapun HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kemudiannya berkata Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan.
Pada 19 Mac, Farhash menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Pada April lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa HeiTech Padu menang tender JPJ secara tender terbuka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan bahawa Anwar mengeluarkan arahan kepada SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki untuk tidak menyiasat pemilikan saham berkenaan.
Di sebalik penafian PMO, ketua penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari malam tadi mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg sekiranya laporan tersebut tidak benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Azam baki pun ade kes tapi terkubur sebab banyak cable |
|
|
|
|
|
|
|
'Sudah dua kali' – Anwar berdepan gesaan saman Bloomberg selepas dituduh 'selamatkan' Farhash daripada siasatan rasuah
https://www.malaysianow.com/my/n ... ada-siasatan-rasuah
September 29, 2024 11:06 tengahari
Laporan Bloomberg mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki (kanan) diarahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyiasat musuhnya, manakala bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador terlepas daripada sebarang siasatan.
Gesaan semakin kedengaran agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg bagi membersihkan namanya susulan berita kewangan itu sekali lagi membuat tuduhan terhadapnya, kali ini melibatkan salah guna kuasa, dakwaan serupa yang pernah menyebabkan beliau dipenjarakan dua dekad yang lalu.
Pada Khamis, Bloomberg memetik tiga sumber melaporkan Anwar telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat membangunkan sistem imigresen bernilai RM1 bilion.
Laporan itu turut mendakwa, Azam pernah memberitahu pegawai SPRM bahawa siasatan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dimulakan atas arahan Anwar.
Sejak mengambil alih kuasa, Anwar telah dua kali melantik semula Azam untuk menerajui SPRM, walaupun sebelumnya menyerang beliau atas dakwaan memiliki berjuta-juta saham yang tersenarai.
Laporan terbaru Bloomberg dinafikan SPRM dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Bagaimanapun, peguam Rafique Rashid membandingkan reaksi itu dengan penafian mengenai pendedahan mengejutkan Bloomberg lima bulan lalu bahawa Anwar bertemu dengan beberapa taikun untuk membincangkan cadangan membuka kasino di Forest City, Johor.
Susulan laporan itu, pihak berkuasa menyoal siasat beberapa wartawan Bloomberg. Anwar, bagaimanapun tidak mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan namanya.
Bercakap kepada MalaysiaNow, Rafique berkata Anwar seharusnya menyaman Bloomberg kerana memfitnah, sambil menambah kenyataan daripada PMO tidak cukup untuk meyakinkan orang ramai.
"Mudah setiap kali tindakan Bloomberg seperti ini, hanya ada kenyataan-kenyataan rasmi sahaja," katanya, sambil menambah tuduhan yang dilemparkan kali ini lebih serius.
"Tetapi kali ini... ianya sudah masuk ruang lingkup salah guna kuasa tahap tertinggi sebab melibatkan agensi Pada 1999, Anwar disabitkan dengan empat tuduhan salah guna kuasa, di mana beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan sebagai timbalan perdana menteri untuk menutup siasatan polis mengenai dakwaan liwat dan salah laku seks terhadapnya. dan juga PMO sendiri," kata Rafique.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador. Gambar: Facebook
Farhash – yang dilantik menjadi pengerusi 7-Eleven Malaysia, syarikat milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri – menjadi tumpuan pada Mac lalu selepas dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja RM1 bilion.
Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.
Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.
Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.
Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.
HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.
Rafique mengingatkan bahawa ketika kontroversi itu, Anwar berjanji untuk memberikan penjelasan selepas menyemak dengan Perbendaharaan.
Beliau berkata Kabinet mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk menyoal Anwar berhubung perkara itu.
"Sudah masuk tujuh atau lapan bulan, masih tak ada jawapan.
"Mungkin anda sibuk tapi ini masanya yang paling sesuai untuk membuat kenyataan... kalau tidak rakyat akan percaya (tuduhan)," kata Rafique.
Pada April, Anwar menafikan laporan Bloomberg bahawa beliau bertemu dengan taikun Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting Berhad untuk membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.
"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu.
Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut.
Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".
Ia disusuli penafian daripada Berjaya dan Genting, kedua-duanya syarikat yang terlibat dalam industri perjudian tempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
secara logic dia, sbb apa farhash x kena siasat? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni org malaysia ke
Nama mcm org bosnia je |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa x payah siasat farhash...??
apa salahnya siasat...bg telus...klu xde apa2..delcare je la.xde...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 walaun walauntit boleh terima percaya bulat2 laporan media Amerika-zionis |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri Daim buat laporan polis, minta siasat dakwaan dalam artikel Bloomberg
https://www.bharian.com.my/berit ... kwaan-dalam-artikel
Austin Camoens - September 30, 2024 @ 3:35pm
[email protected]
Toh Puan Na'imah Khalid. - NSTP/FOTO FAIL
PETALING JAYA: Toh Puan Na'imah Khalid, isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel Bloomberg mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suaminya.
Sebelum ini, laporan Bloomberg dengan memetik sumber, mendakwa SPRM telah diarahkan untuk menyiasat bekas Menteri Kewangan itu dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta anak-anak bekas Perdana Menteri.
"Saya di sini hari ini mewakili suami saya. Dia tidak dapat ke balai polis untuk membuat laporan disebabkan keadaan fizikalnya," kata Na'imah kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Isteri bekas Menteri Kewangan itu hadir membuat laporan berkenaan dengan ditemani peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetaj Singh Sohanpal.
Sebelum ini, SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan ada arahan dikeluarkan di peringkat tertinggi kerajaan untuk menjalankan siasatan berkenaan.
SRPM menegaskan semua tindakan penguatkuasaan diambil tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, Rajesh berkata, pihaknya berharap agar siasatan dilakukan secara adil dan bebas.
Awal tahun ini, Daim dibicarakan atas tuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset.
Na'imah juga dituduh dengan peruntukan sama, gagal mengisytihar pemilikan pelbagai syarikat, beberapa bidang tanah dan dua kenderaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu dan lihat
Tp iyolah patutnya dah ada duit tu gi saman je pihak yg satu lg. Sekurang2nya jernih nama baik heols nnt |
|
|
|
|
|
|
| |
|