CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28261|Reply: 8

[Tempatan] Salam 20k: Rakyat tak minta pun kerajaan ditumbangkan!!

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi parti gabungan Kerajaan Perpaduan mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Dalam hantaran melalui Facebook, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menzahirkan kesyukuran atas kemenangan Syed Hussien yang menyaksikan BN terus diberikan mandat di DUN itu.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas kemenangan BN di DUN Mahkota. Moga kita terus tawaduk, mara dalam saf mantap, bertindak dalam wahdah, kembali berkibar panji BN demi rakyat dan negara," katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan BN mempertahankan kerusi itu apabila Syed Hussien menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, dengan majoriti 20,648 undi.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Syed Hussien ke dalam keluarga Kerajaan Perpaduan.

"PRK Mahkota ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan keharmonian masyarakat, kestabilan politik dan kemakmuran negara secara umumnya. Inilah juga yang kita tawarkan bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX (Perdana Menteri ke-10) kita.

"Sempena melangkaui 22 bulan usia Kerajaan Perpaduan, saya menyeru semua pihak menghentikan segala sengketa supaya kita boleh memberi sepenuh fokus kepada usaha merancakkan ekonomi, membangunkan negara dan membina ummah yang MADANI," katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di DUN Mahkota yang kekal memberi kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di DUN itu.

"Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera BN dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu memastikan kemenangan saudara Syed Hussien Syed Abdullah," katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam satu kenyataan turut mengucapkan tahniah serta menyuarakan keyakinan terhadap Syed Hussien dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat DUN Mahkota dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

"Kejayaan ini juga menjadi isyarat bahawa rakyat menyokong kepimpinan Kerajaan Johor bawah BN yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan," katanya.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut mengucapkan tahniah kepada Syed Hussien.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching pula merakamkan penghargaan kepada pengundi di DUN Mahkota yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Menang dengan majoriti besar 20,648. Untuk makluman, pada Pilihan Raya Negeri 2022, penyandang kerusi DUN Mahkota ketika itu menang dengan majoriti 5,166 undi. Hari ini, Syed Hussien menang bergaya juga menjadi bukti strategi perpaduan Kerajaan MADANI berjaya," katanya.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, turut merakamkan penghargaan kepada pengundi dan jentera BN pada semua peringkat yang melaksanakan tanggungjawab pada PRK itu. – BERNAMA
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 25 Users voted

Count down: 9949 Days16 Hours44 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2024 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-9-2024 10:12 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 12:06 PM | Show all posts
semua impak dari kenaikan gaji gomen, ramai yg suka
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 05:14 PM | Show all posts
Si penyakit tu lah buat PN kalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:09 AM | Show all posts
Tumbangkan gomen tu last skali..rakyat dah muak la woi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 08:06 AM | Show all posts
jangan la barua dan dajjal kan pihak lawan....nanti rakyat tak suka dgn bahasa2 kasar dan tidak manis
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:49 AM | Show all posts
PRU16 - PH Menang besar dan bergaya........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
areyam replied at 4-10-2024 08:49 AM
PRU16 - PH Menang besar dan bergaya........

Tak nampak sinar dihujung terowong bagi PN. Selagi berpaut pd isu 3 R,  PN akan ditolak jenerasi baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.561410 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list