CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18234|Reply: 8

[Tempatan] BN sapu Mahkota, rampas undi PN tapi sokongan Cina merosot. #2, Peratusan mengundi pengundi bukan Melayu rendah, kata DAP

[Copy link]
Post time 29-9-2024 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-9-2024 11:26 PM

BN sapu Mahkota, rampas undi PN tapi sokongan Cina merosot

https://www.malaysiakini.com/news/720884

Diterbitkan:  Sep 28, 2024 9:43 PM
Dikemaskini: 9:43 PM



Gabungan Madani memenangi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota dengan kemenangan besar, dengan BN mengutip hampir 28,000 undi dan menang di semua daerah mengundi.

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa gabungan Madani berjaya mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu PN pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 untuk mengalihkan undi.

Bagaimanapun, kemenangan itu berlatarbelakangkan peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu hanya 54 peratus dan turut menyaksikan penurunan ketara dalam sokongan pengundi Cina.

Analisis ini membandingkan data daripada PRK kali ini dengan PRU ke-15 apabila pengundi Mahkota membuang undi untuk kerusi Parlimen Kluang, dan pilihan raya negeri Johor pada Mac 2022.

Data peringkat daerah mengundi yang dipaparkan BN semasa pengiraan undi menunjukkan gabungan gabungan Madani berjaya memenangi semula tiga daerah mengundi - Kampung Melayu I, Kampung Melayu II dan Sri Tengah - yang dimenangi PN sebelum ini semasa PRU15.

BN juga menghapus kelebihan PN di Kampung Baru, sebuah daerah yang banyak diberi perhatian oleh pembangkang semasa PRK.

Prestasi keseluruhan PN juga merosot berbanding dua kali pengundi Mahkota pergi ke peti undi.



Tanpa mengambil kira undi pos dalam semua senario, bahagian undi PN di Mahkota menurun kepada 20.8 peratus (7,222 undi) berbanding 30.5 peratus (10,575 undi) pada PRU15 dan 21.3 peratus (7,296 undi) pada pilihan raya negeri.

Bahagian undi awalnya - yang datang dari kem tentera Mahkota - juga merosot kepada 25.9 peratus (1,088 undi) berbanding 58 peratus (1,825 undi) pada PRU15 dan 42 peratus (1,022 undi) pada pilihan raya negeri.

Pencapaian itu menandakan kesinambungan peningkatan sokongan orang Melayu terhadap gabungan Madani, yang turut diperhatikan semasa PRK Nenggiri.

Sementara itu, meski undi BN dan PH digabungkan untuk calon BN meraih 79 peratus undi, ini nampaknya telah dicapai dengan sokongan kaum Cina yang lebih rendah.

Di Bandar Tengah, daerah yang mempunyai pengundi Cina paling ramai di Mahkota dengan hampir 80 peratus penduduknya adalah Cina, hanya 1,335 undi dibuang - dengan 1,212 undi diraih gabungan Madani.

Sebagai perbandingan, 1,925 undi telah dibuang di Bandar Tengah semasa PRU15, dengan PH memperoleh 1,442 undi dan BN, 349 undi ketika itu.



Keputusan hari ini mirip pilihan raya negeri, dengan 1,418 undi dibuang di Bandar Tengah, di mana 1,042 mengundi PH dan 299 mengundi BN.

Pilihan raya negeri, seperti hari ini, juga mengalami peratusan keluar mengundi yang rendah.

Tahap sokongan PN di Bandar Tengah secara relatifnya tidak berubah, daripada 95 pada pilihan raya negeri, 129 pada PRU15, dan 123 hari ini.

Daerah pengundian majoriti bukan Melayu lain yang peratusan keluar mengundi lebih rendah hari ini berbanding PRU15 termasuk Taman Lian Seng dan Indah Jaya.

Walaupun bukan boikot sepenuhnya, angka itu menunjukkan bahawa sejumlah besar pengundi Cina tidak mengambil bahagian dalam PRK Mahkota.

Terdapat rasa tidak puas hati yang meluas di kalangan pengundi Cina sebelum PRK, antara lain dikaitkan dengan serangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung isu sijil halal. Kok dilihat sebagai mempertahankan hak bukan Melayu.

Rasa tidak senang itu bertambah buruk apabila Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed menyifatkan pengundi Cina sebagai oportunistik dan membayangkan bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah bermakna mereka tidak mahu mengundi calon bukan Cina.

Ini adalah PRK kedua yang mencatatkan penurunan ketara dalam peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina selepas PRK Sungai Bakap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2024 07:26 AM | Show all posts
Peratusan mengundi pengundi bukan Melayu rendah, kata DAP

https://www.freemalaysiatoday.co ... yu-rendah-kata-dap/

FMT Reporters
28 Sep 2024, 11:07 PM


BN penuhi ramalan dengan kemenangan di DUN Mahkota, namun peratusan mengundi pengundi bukan Melayu rendah menurut Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook. (Gambar Bernama)

DAP ambil serius dan ikrar teruskan penerangan di peringkat akar umbi.

PETALING JAYA: Peratusan mengundi pengundi bukan Melayu dikatakan rendah, di sebalik kemenangan besar Barisan Nasional di DUN Mahkota.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menarik perhatian kepada perkembangan itu selepas BN memenuhi ramalan penganalisis, dengan majoriti 20,648 undi iaitu empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Terdapat 66,318 pemilih berdaftar sempena PRK DUN Mahkota.

Meskipun dengan kemenangan besar ini dan sokongan yang kuat daripada semua kaum terhadap calon perpaduan, DAP mengambil perhatian yang serius dengan peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu, katanya dalam kenyataan.

Loke berikrar pucuk pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi untuk menyakinkan penyokong berkenaan agenda dan hala tuju kerajaan perpaduan.

Namun, semua parti dalam kerajaan perpaduan perlu berusaha menjaga keharmonian dalaman dan mengeratkan talian kerjasama demi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang, tambahnya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mendakwa menerima laporan daripada komuniti perniagaan bahawa pengundi Cina di kawasan itu kurang berminat untuk mengundi kali ini.

Sepanjang dua minggu kempen, jentera kerajaan perpaduan dilihat sedikit terkesan susulan pertelingkahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok membabitkan isu pensijilan halal.

Penganalisis berkata kelantangan Akmal dalam mengkritik Kok telah mencetuskan rasa tidak selesa pengundi Cina, malah mewujudkan sentimen enggan keluar mengundi dalam kalangan komuniti itu.

Malam tadi, calon BN peroleh 27,995 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional yang hanya meraih 7,347 undi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina x keluar mengundi
Sebab takde calon dia
Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 11:48 AM | Show all posts
Melayu lawan Melayu

cina tak koser nak lecak ketiak beratur
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 12:05 PM | Show all posts
nampak nya melayu makin yakin dengan kepimpinan umnok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lencai:apa pasal saya mau undi.
Luncai:terjun dgn labunya....
                 
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aikk ingatkan 20k dapat dari pengundi C
kira tak berjaya la guna sentiment sila simpan skirt pendek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2024 07:34 PM | Show all posts
Edited by zjen at 29-9-2024 07:37 PM

Johor kubur kuat BN,  Cina tau BN bersama PH dah sure win,  so deols malas keluar la kot

next PRU iols pon malas keluar pasal area iols DAP sure win

kecuali ada pemimpin UMNO keluar tubuh Parti Melayu Baru atau BN baru yg dpt jemput MCA MIC keluar bergabung   .... lawan tiga penjuru iols akan keluar undi .... kalu lawan antara PH PN ...  iols goyang kaki jelah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.486964 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list