CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35757|Reply: 10

[Tempatan] Anwar Ibrahim, Farhash terima kurnia darjah Datuk Kelantan

[Copy link]
Post time 29-9-2024 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Anwar, Farhash terima kurnia darjah Datuk Kelantan

https://www.malaysiakini.com/news/720935

Diterbitkan:  Sep 29, 2024 4:53 PM
Dikemaskini: 4:53 PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-55 hari ini.

Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Seratus individu menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini, dengan 35 daripadanya menerima gelaran Datuk.

Mendahului penerima di Istana Balai Besar hari ini ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Berhad Datuk Farhash Wafa Salvador (gambar bawah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd Datuk Mohd Khidir Yaacob yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.



Ia disusuli dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Zulkeffeli Mat Jusoh yang dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Pegawai Kewangan Negeri Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Profesor Jabatan Al-Quran dan Al-hadith Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Rosnazli Amin pula masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Dua individu pula menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) iaitu Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Nordin Muhamad dan mantan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.

Sementara itu Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) New York Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Dr Ahmad Anuar Othman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican pula dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Abd Rahman Yunus, Principal Architect (Masa Architect) Mohd Asri Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wam Roslan Wan Mamat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Azahar Mohd Shariff, Ahli Perniagaan Daniyar Kessikbayev, peguam Law Yew Foo, Michael Kalum Moggie dan Ahli Perniagaan Tan Say Yap.

Ketua Provos Marsyal Markas Markas ATM, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Provos Marsyal ATM Brig Jen Suhaimi Shamsuddin pula dianugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muzamil Ali, Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Markas Tentera Darat, Jabatanarah Artileri Diraja Brig Jen Datuk Norazman Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Mej Jen Saharudin Harun.

Selain itu, tujuh individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ab Pattah Hasbullah, Ahli Jemaah Ulama (Pesara) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Abdul Kadir Muhammad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Amran Abd Kadir, Hakim Mahkamah Tinggi 1, Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Azmi Abdullah, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Hazri Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Mohd Anis Hussein dan Pengarah Elit Hartanah Phe Sdn Bhd Rahmat Kasim.

Sementara itu Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd Muhamad Nazri Pazil menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Mantan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Sheik Azhar Sheik Omar pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) yang membawa gelaran Datuk.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Klate? Nak mintok gapo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-9-2024 02:05 AM
Klate? Nak mintok gapo ni?

Apa yg nk dimintaknye...projek dh berjalan dgn cemerlang dahh melibatkan payung hujan sana...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 30-9-2024 04:18 AM
Apa yg nk dimintaknye...projek dh berjalan dgn cemerlang dahh melibatkan payung hujan sana...

Sbb dah jalan ka..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling tinggi Datuk ja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:10 AM | Show all posts
dah alang2 kannnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 08:33 AM | Show all posts
bloombek tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-9-2024 06:44 AM
Sbb dah jalan ka..

Baca kt bloomberg perkaitan Anwar + Farash + Payung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Den ketawa ha ha ha harktuihh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 30-9-2024 12:37 PM
Baca kt bloomberg perkaitan Anwar + Farash + Payung...

Oh.. kena baca ni..

Patut la benang lagi satu pasai sprm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Unporn tuanku beribu-ribu unporn, sembah pantek harap diunporn









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.670863 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list