View: 15405|Reply: 0
|
Peminat menangis teresak-esak jumpa Ara Johari di Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Ara Johari berkongsi detik menyentuh hati ketika menjayakan aktiviti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini.
Ara terkejut didatangi seorang peminat remaja perempuan yang menangis teresak-esak di reruai ABPBH 36, semalam.
"Sebelum ini, saya dan remaja berusia 13 tahun itu sering berbalas mesej dalam media sosial.
"Remaja itu peminat saya dan ini kali pertama kami bertemu.
"Disebabkan itu, dia menangis kerana terlampau teruja dapat berjumpa saya.
"Apabila dia menangis, hati saya tersentuh dan pada masa sama seronok mengenangkan saya ada peminat seperti dirinya," katanya kepada BH Online.
Sementara itu, Ara atau nama penuh, Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata acara promosi ABPBH 36 memberi peluang untuk dia mengumpul peminat baharu .
"Tidak semua orang kenal saya walaupun sudah lapan tahun saya menyanyi.
"Apabila saya muncul dalam acara promosi ini, mereka sedarlah kewujudan saya," katanya.
Terdahulu Ara menghiburkan pengunjung reruai ABPBH 36 dengan dua lagu iaitu Bunga dan Menjaga Jodoh Orang Lain.
Sumber – Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|