View: 15090|Reply: 6
|
[Tempatan]
7 penunjuk perasaan pro-Palestin himpun dekat kedutaan AS ditahan
[Copy link]
|
|
7 penunjuk perasaan pro-Palestin himpun dekat kedutaan AS ditahan
https://www.malaysiakini.com/news/720968
Alyaa Alhadjri & Hariz Mohd
Diterbitkan: Sep 30, 2024 10:07 AM
Dikemaskini: 10:09 AM
Polis menahan tujuh penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pagi ini.
Salah seorang ahli kumpulan kecil itu, yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini mereka berkumpul selama kira-kira sejam berhampiran pintu belakang kedutaan tersebut.
"Mula-mula mereka minta kami beralih ke bawah jalan supaya kami tidak berada betul-betul di hadapan pintu kedutaan kerana mereka kata kami berada di hadapan rumah seseorang.
"Kami patuh dan berdiri di hadapan kawasan kosong. Mereka mengambil gambar dan merakam kami," kata individu tersebut.
Tambahnya, ketika mereka cuba bersurai, polis meminta kad pengenalan dan mereka kemudian ditahan serta dibawa ke IPD Pudu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohammad Lazim Ismail mengesahkan polis menahan beberapa individu kerana berhimpun namun enggan mengulas lanjut, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perhimpunan pro Palestine pun kena tangkap?
|
|
|
|
|
|
|
|
berhimpun dpt apa
boikot xdpt kalahkan israel
isis hamas hizbullah iran xdpt kalahkan israel |
|
|
|
|
|
|
|
7 orang ja pendemo atau 7 ja yang kena tangkap?
Apa jadi pada solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestine. Mana qunut nazilah masa sholat jumaat, ke mana perginya muffler pembaca berita RTM?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahh kesiannya. Lagipun dorang bagi kerjasama je dgn org kedutaan tu dari pintu belakang, pindah ke tmpat kosong. X rse dorang ni berbahaya bawa senjata, hnya berhimpun je. Suhakam sila masuk campur |
|
|
|
|
|
|
| |
|