CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17789|Reply: 12

[Tempatan] Minyak masak paket boleh dijual dua kali ganda di Thailand punca penyeludupan

[Copy link]
Post time 30-9-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Din si penyeludup buka rahsia!
Wartawan Harian Metro
[email protected]


PENYELUDUP sanggup ambil risiko demi keuntungan.


Rantau Panjang: Minyak masak yang diseludup ke Thailand tetap mendapat permintaan tinggi penduduk negara jiran walaupun dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga di Malaysia.

Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram (kg) dijual borong pada harga RM42.50 sekotak di pasaran tempatan.

"Namun harganya bertukar antara RM75 sehingga RM50 di negara seberang.

"Harga minyak masak paket satu kilogram tempatan adalah RM2.50 manakala harga pasaran di kebanyakan kedai di pekan Golok adalah RM5.50 sepeket.

"Susulan harga yang mahal, ramai yang sanggup mengambil risiko menyeludup minyak masak terutama melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini. Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ada antara penyeludup sanggup berulang alik membawa minyak masak dalam kuantiti yang sedikit," katanya.

Namun, menurutnya, penyeludup akan menyeludup minyak masak dalam kuantiti besar membabitkan berpuluh kotak jika mendapati pihak berkuasa tidak memantau lokasi berhampiran sungai.

"Biasanya penyeludup yang membawa minyak dalam kuantiti sedikit akan menjual terus minyak masak kepada peniaga di sana (negara jiran).

"Manakala orang lama yang 'pro' (penyeludup berpengalaman) akan menyalurkan minyak masak seludup kepada sindiket di sana. Mereka sudah ada rantaian dan kerjasama dengan 'kaki' di sana," katanya.

Din berkata, dia akan membawa masuk minyak masak paket 1 kilogram ke Thailand sebanyak tiga kali seminggu.

"Namun biasanya saya melakukan beberapa perjalanan (penyeludupan) sehari terutama pada waktu malam.

"Kalau pangkalan haram yang dipilih 'tidak selamat' disebabkan kawalan ketat, kami beralih ke pangkalan lain yang lokasinya agak jauh. Tambahan pula, ada sahaja mata-mata yang akan membantu orang seperti kami untuk memantau keberadaan pihak berkuasa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 01:49 PM | Show all posts
Tembak sahaja penyeledup2 ni. Nampak sahaja, terus tembak on the spot... tak sempat dia nak membiaK dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:34 PM | Show all posts
Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram (kg) dijual borong pada harga RM42.50 sekotak di pasaran tempatan.
"Namun harganya bertukar antara RM75 sehingga RM50 di negara seberang

Kalau permintaan tinggi macam itu, kau masaklah sendiri buah kelapa sawit, tapis jadikan minyak masak, packing elok-elok, buat brand Minyak Masak Din jual kat Thailand. Keluaran muslim, halal buatan malezia, Barulah bermaruah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pgkhianat negara..tapi sbb si Din tu melayu so ummah x rasa dia bersalah sgt..tapi imejin kalo kaki2 seludup ni sepet..mesti dah berbakul kena maki smbil meroyan kata cina dah jual negara kat siam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:34 PM | Show all posts
semoga mati terseksa slow2 orang camni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-9-2024 03:18 PM
Pgkhianat negara..tapi sbb si Din tu melayu so ummah x rasa dia bersalah sgt..tapi imejin kalo kaki2 ...

bukan plywood suh tembak jer ke orng cam din tu..CINA BUTA ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 03:42 PM | Show all posts
staff meols sorang berenti utk buat mende ni

ntah lah labuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dpt tangkap, ko suh dia minum segelas minyak subsidi tu. Kn dh murah sgt. Org sana ada kerajaan dia sendiri, ada raja sendiri. Yg nk membantu sgt org sana knp. Biarla dorg byr mahal minyak dorg. Kita pulak nk membantu. Sama pump minyak kuning. Patut pump kuning tu hired sorg attendant duduk. Buat pump kuning2 je, hijau2 je ( area sempadan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 05:07 PM | Show all posts
silance replied at 30-9-2024 02:34 PM
Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram  ...

apa lagi..pihak berkuasa berkaitan dapatkanlah info dari wartawan Am ni..dia kan dah interview Din, 42 ni..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita warwarwarwar dulu, pasni kita potong subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 05:18 PM | Show all posts
dah2 la main psikologi cam ni... nak naikkan harga cakap je ... rakyat blh je terima. sbb skrg pengeluar minyak sawit terbesar dunia bukan malaysia lagi pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler dkt tpt aiol dah makan tahun tak jumpa minyak peket ni. Banyak ko ambik Din bg dkt awek syiam

Mohon kerajaan bina tembok electric sepanjang sempadan negara
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ok kensel subsidi. buat mcm diesel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.433251 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list