CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22881|Reply: 0

[Kedah] Lelaki bergari dibawa ke sungai

[Copy link]
Post time 1-10-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki bergari dibawa ke sungai


Skuad Khas Harian Metro[email protected]







SURAIYA Izzaty menunjukkan gambar bapanya, Sabari.





Alor Setar: Kehilangan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, sejak 3 September lalu semakin terungkai selepas polis dan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai di Kampung Empa, Jitra di sini, sejak kelmarin.

Difahamkan, penduduk turut melihat kelibat seorang lelaki bergari dibawa anggota polis ke sungai itu kelmarin.

Difahamkan polis sudah bertemu dengan anak Sabari bagi memaklumkan perkembangan siasatan.

Pemerhatian di lokasi mendapati beberapa bot polis memantau kawasan sungai selain mendirikan khemah di situ.

Sebelum ini, wanita berusia 62 tahun dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan kes kehilangan itu.

Anak sulung Sabari, Suraiya Izzati, 29, yang sempat dihubungi sebelum ke lokasi kejadian berkata, dia sekeluarga masih menunggu perkembangan kes berkaitan bapa mereka dan sangat merinduinya.

Menurutnya, walaupun sudah 27 hari berlalu, dia masih masih menaruh harapan tinggi bapanya masih hidup dan menunggu maklumat terbaru.

"Kami sentiasa melakukan solat hajat membaca surah Yasin supaya ayah dipertemukan dengan segera walau apa keadaan sekali pun.

"Ramai kenalan ayah mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat di masjid berhampiran kawasan rumah malah kenalan ayah yang berada di Kluang, Johor pun memberitahu mereka turut mengadakan solat hajat," katanya .

Menurutnya, rakan mereka ketika sekolah menengah pun turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin melalui Google Meet.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, adik keduanya, Nur Aina Sofiya, 28, yang bertugas sebagai guru di Sarawak sering mengigau ketika tidur dan menyebut nama bapa mereka kerana rindu.




"Kami pun tidak putus asa dengan membuat hebahan setiap hari di media sosial dengan harapan ada petunjuk baru untuk kami mengesan ayah.

"Kami sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan berhubung kehilangan ayah sejak 3 September lalu.

"Selain itu, kami kasihankan ayah kerana bimbangkan keadaannya. Kami semua amat merinduinya, rindukan wajahnya, suaranya dan tingkah lakunya yang penyayang dan ceria," katanya.

Katanya, sekolah tempat adiknya mengajar di Simunjan, Sarawak, turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin terutamanya setiap pagi serta berdoa sebelum memulakan pengajaran di sekolah.

"Aina sudah lama mengajar di sana iaitu sejak tahun 2019 dan dia memberitahu hendak pulang ke sini tetapi kami tidak benarkan lagi sebab ayah belum ditemui, jika dia balik pun tiada apa yang boleh dilakukan, jadi kami minta Aina tunggu saja di sana dan mengikuti perkembangan ayah.

"Kali terakhir kami bertemu ketika dia pulang waktu cuti sekolah yang panjang serta Aidilfitri lalu," katanya.

Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki Proton Waja pada 3 September lalu.

Kehilangan Sabari itu disedari anggota keluarganya selepas telefon bimbit miliknya gagal dihubungi selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang dalam salah satu akaun bank miliknya dibuat dua hari selepas kehilangan.

Kenderaan dinaiki Sabari pula dilaporkan ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik, namun kelibatnya tidak kelihatan.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 8:08am

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139535/lelaki-bergari-dibawa-ke-sungai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100944 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list