View: 21919|Reply: 19
|
[Tempatan]
BN umpama pesakit kencing manis tenat diselamatkan PH, kata pemimpin DAP Johor
[Copy link]
|
|
BN umpama pesakit kencing manis tenat diselamatkan PH, kata pemimpin DAP Johor
https://www.freemalaysiatoday.co ... pemimpin-dap-johor/
FMT Reporters
01 Oct 2024, 12:31 PM
Dr Boo Cheng Hau menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed.
Dr Boo Cheng Hau berkata tindakan berani PH dan pentadbiran Anwar Ibrahim kini telah menyelamatkan negara serta BN.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai pakar bedah yang telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat, terbaharu pada PRK Mahkota.
Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mendakwa pada PRK itu lebih 14,000 daripada 27,995 undi diterima calon BN Syed Hussien Syed Abdullah adalah dari penyokong PH.
Bekas Adun Skudai itu menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkannya dipandang kotor pengundi.
Boo, seorang pengamal perubatan mendakwa salah urus ekonomi dan rasuah semasa pemerintahan Barisan Nasional-Umno telah merosakkan negara.
Menurutnya, keadaan itu boleh diibaratkan pesakit kencing manis tenat memerlukan pembedahan amputasi sebelum keadaan gangren pada jari kaki menjadi lebih mudarat.
“PH di bawah pimpinan Anwar telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja Umno tetapi juga negara daripada kemusnahan.
Oleh itu, BN-Umno bukan sahaja harus menarik balik tuntutannya supaya PH memohon maaf, sebaliknya berterima kasih kepada PH yang umpama seorang pakar bedah berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis tenat, katanya dalam kenyataan.
Pesakit kencing manis tenat iaitu BN-Umno sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.
Semalam, Nur Jazlan menyeru PH memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas segala tohmahan, tuduhan, dan persepsi yang didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkan parti itu dipandang kotor pengundi.
PH dan BN membentuk kerajaan selepas PRU15 bersama beberapa gabungan parti lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada PRU 2022 itu tiada gabungan tunggal mampu membentuk kerajaan.
PH mempunyai 81 kerusi di Dewan Rakyat, memiliki paling banyak daripada 153 kerusi dikawal gabungan kerajaan perpaduan, diikuti BN (30), GPS (23), GRS (6), dan parti kecil serta ahli bebas (13).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tebal btl kulit muka pengerusi Dan presiden umno ni. Mmg sejenis da hilang kemaluan
We ka siong lg jantan aku tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dah mulai gaduh dari dalam. Mungkinkah ianya titik permulaan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cina johor tak nak turun undi kena la bash sepatah dua... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sedor diri sungguh ahli2 politik ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brazilian at 1-10-2024 02:10 PM
It's true that many politicians seem indifferent to the concerns of the public.
Suyu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 1-10-2024 03:32 PM
In denial betul sekor tu.dah betul la apek tu ckp..selama ni ph lawan umno bkn sbb nama dia umno tapi sebabpemimpin2 umno sblm ni kuat makan rasuah dgn salah guna kuasa..Najib pun dah selamat ke dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
korang sama2 berkuasa pon atas dasar...'KERNA TERPAKSA'(gabung) pon...xde sapa pon TEELEBIH BESAR drp yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
PH pun mengharapkan BN untuk dapat membentuk kerajaan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah menang besar pun masih berbunyi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah padan muka kena sound dengan DAP |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah... popcornnnnnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
itu hak DAP nak sound, nak komen... bukan bagi kesan apa pun...
Umno ada pendiriannya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah tu.....klau wak jahit dgn muka x malu tlg selamatkan PH x ada la nuart jd piem....skrg dapig cabar Bend kuar gomen ada beran ka? |
|
|
|
|
|
|
|
PH cuma selamatkan wak jerr |
|
|
|
|
|
|
|
bn ???bn apa?umngok je.PH harapkan borneo bentuk kerajaan .selama ni pun borneo fixed deposit bn..skrg ph pulak.takde beza.tambah2 era bn makin melingkup ni jgn perasan.aku harap pru nanti lawan la 3 penjuru mcm biasa.xde kautim2 kerusi.kerajaan perpaduan harus berakhir bila parlimen dibubarkan.aku x sanggup nak undi bn
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua ahli politik ..tapi bn,umngok.setiap kali bn menang prk akn keluar statement delulu diorg.yg kat nenggiri satu hal..yg mahkota ni siap suruh ph minta maaf dekat umngok,bn... hallooooo.aku paham kenapa dap johor marah.masa kempen.. sama2 kempen.bila menang membongak mcm celaka...walhalllll
|
|
|
|
|
|
|
|
Berantakan plak dah..lama2 cerai lewtew..ideologi x sama mana nk ngam..sampai bila mau fake maa |
|
|
|
|
|
|
|
setuju...next PRU, bertanding masing2 seperti dulu.....selepas tu jika tiada yg majority...berpaduanlah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 1-10-2024 05:43 PM
bukan semua ahli politik ..tapi bn,umngok.setiap kali bn menang prk akn keluar statement delulu di ...
"Ahli politik ni" merujuk kepada yang dalam artikel tu la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|