View: 21650|Reply: 2
|
‘Elok-elok hadap satu, sekarang ada dua masalah’, Kepala seorang lelaki tersekat sewaktu bantu rakannya menukar tayar bas
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan situasi mencemaskan apabila kepalanya tersekat sewaktu membantu rakannya menukar tayar bas.
Kejadian itu dikongsi Amighul Deghaman dengan kapsyen ‘Elok-elok hadap satu, sekarang ada dua masalah’ di platform X yang turut memaparkan seorang lelaki tampil menghulurkan bantuan.
Dalam usaha untuk memberikan bantuan, dia terpaksa merangkak ke bahagian bawah bas sebelum kepala tersekat pada bahagian tayar.
Di akhir video berkenaan, kelihatan dua lelaki membantu pemuda tersebut mengeluarkan kepalanya.
Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan gelagat lelaki itu dengan membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut.
“Mungkin abang ini lupa kepala dia makin besar, dulu tidak apa kecil lagi. Apapun semoga dipermudahkan urusan,” kata Putera.
“Aku nak kesian tapi tergelak,” kata Mhmmdhsm.
“Aduh bang. Terlebih skil ni,” komen Hasry.
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun, ngeri seh. nape dia hulur kepala cenggitu ke dlm sgt? aduh. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh ke apa
buat jack tu fail
da mampos kau kt situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|