CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22709|Reply: 6

Jiran dari ‘neraka’ buat hal lagi, kini menetap di sebuah flat di Bukit Merah

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:28 PM | Show all posts |Read mode





SINGAPURA  – Seorang wanita yang digelar jiran dari ‘neraka’ kini menetap di sebuah flat di Bukit Merah, Singapura selepas berpindah, lapor portal berita MSN News semalam.


Wanita itu mendapat gelaran tersebut selepas perbuatannya mengakibatkan beberapa penghuni berpindah dari unit flat mereka di Punggol.


Dia  didakwa mengulangi perbuatan lamanya dengan seorang penduduk  di bangunan flat Bukit Merah. Jirannya mengadu tentang bunyi bising berterusan kedengaran dari unit flat wanita berkenaan.


Seorang lelaki yang tinggal bersebelahan dengannya dikenali sebagai Lin memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia berpindah ke flat berkenaan awal tahun ini.


Tidak lama selepas berpindah,  dia perasan jiran sebelah rumahnya sering membunyikan radio dengan kuat sehingga boleh didengari dari bilik tidurnya, kata Lin.


Menurut klip video dan audio yang dirakam Lin, jirannya akan memainkan muzik dengan kuat pada pukul 1 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 6 pagi dan 8 pagi (waktu tempatan).


Dia juga akan menghempas pintu dengan kuat pada waktu tengah malam, katanya.


Lin berkata, dia telah meminta wanita berkenaan untuk tidak membuat bising tetapi jiran itu menjawab bahawa dinding flat itu yang terlalu nipis dan bunyi bising tersebut bukan salahnya. – AGENSI





Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Balas la balik kt acik tu. Aku dulu pnh je buat balik kt roommate aku gitu ( hostel 4 org, masing ada partition). Dia pasang lagu kuat boleh, aku lg tambah volume pastu dia tegur aku. Ko psg kuat x hengat org pulak. Pnh je bdk lain tegur dia nk earphone x. Dh la jenis x suka bwk kunci. Eh hello xde masa ye nk jd org ko tukang buka pintu, satu hari aku g bilik member kt bwh, pastu dgr gongang2 pintu atas. Padan muka ko. Roommate lain elok je bwk kunci even g toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:42 AM | Show all posts
aku dulu pun pernah ada jiran dari neraka...asyik pum pam hempas pintu...sedara mara datang pun buat camtu...dengan hempas bonet kereta macam nak pecah kereta....sib baik dah berambus....kaki penghasut pulak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:14 AM | Show all posts
acik ni kesunyian betul kot. kurang kasih syg. anak2 pun agaknya malas dah nak tgk sheols kot eh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:16 AM | Show all posts
saiko kut
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:21 AM | Show all posts
masalah mental, elok letak dekat rumah sakit jiwa untuk pemantauan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 11:16 AM | Show all posts
cekik je bg mampos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093348 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list