CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21237|Reply: 1

[Tempatan] Sehari lewat hidupkan lesen pun tak layak ambil B penuh

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:24 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang jurulatih memandu menjelaskan antara syarat yang perlu dipatuhi pemohon bagi menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh adalah sentiasa memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B1 atau B2 secara aktif tanpa lewat sehari dari tarikh tamat tempoh.
Menerusi perkongsiannya yang menggunakan akaun TikTok @farid_aidil, dia memaklumkan pemegang LLM kelas B1 atau B2 perlu perlu memastikan sekurang-kurangnya lesen mereka aktif bagi tempoh 10 tahun secara berterusan.
“Kalau pernah tamat tempoh dan terlupa nak renew (hidupkan), tak boleh. Contohnya, hari ini lesen tamat tempoh, besok baru renew (hidupkan), dah tak boleh.
“Mesti ramai yang sangkut dekat situ. Lagi-lagi masa PKP (perintah kawalan pergerakan) lepas. Walaupun dah ada lesen B2 selama 20 tahun,” jelasnya.
Terdahulu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila status semakan mereka didapati gagal memenuhi syarat kelayakan menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh.
Semakan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi tangkap layar semakan yang dibuat menerusi aplikasi MyJPJ dan keputusannya adalah “Anda tidak layak menyertai program ini”.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mulai 1 Oktober, tiada lagi program mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B1 di institut memandu (IM) akan dibuka kepada orang ramai.
“Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah saja bagi kelas B1.
“Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal dalam kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas berkenaan bagi mendapatkan lesen kelas B,” katanya.
Syarat program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh adalah pemohon mestilah warganegara dan memiliki LLM kelas B1 atau B2 secara aktif berterusan untuk minimum 10 tahun.
Seterusnya, pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2024 01:25 AM | Show all posts
Kena gula2 macam ni ja... spin maha laju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048489 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list