CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11746|Reply: 19

[Tempatan] ‘Saya guna guni bukan sebab tak mampu’

[Copy link]
Post time 2-10-2024 09:06 AM | Show all posts |Read mode
‘Saya guna guni bukan sebab tak mampu’

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... an-sebab-tak-mampu/

Oleh IVAN AMIRUL
1 Oktober 2024, 9:04 pm


Fadhlina ketika membuat panggilan bersama Rafida, baru-baru ini.

KOTA KINABALU – “Saya pakai guni sebab mudah letak barang, bukannya tidak mampu. Kebetulan pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga tetapkan pelajar baharu ketika pendaftaran hanya boleh bawa maksimum dua beg atau bagasi.”

Itu penjelasan pelajar yang tular membawa guni sebagai bagasi ketika mendaftar di UMS, Rafida Ziaddin, 19, baru-baru ini.

Rafida berkata, dia perlu menaiki bas selama enam jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu dan banyak barang keperluan hendak dibawa ke universiti ketika itu.

“Oleh itu, saya ambil inisiatif guna guni kepunyaan bapa untuk masukkan separuh barang yang perlu dibawa manakala selebihnya disimpan di dalam bagasi dan beg sandang,” kata Rafida Ziaddin, 19.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, dia sendiri terkejut mengetahui ceritanya membawa guni plastik ketika pendaftaran menjadi tular sehingga mendapat perhatian menteri.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sandakan itu menyatakan, ada seorang senior datang ke biliknya dan bertanyakan tentang guni dibawanya sebelum perkara itu tular.

“Ketika itu saya hanya terfikir mungkin ada terbawa barang orang lain tetapi senior terbabit cuma mengambil gambar dan membuat sedikit temu bual,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, ditanya reaksinya ketika menerima panggilan video dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Rafida yang bercita-cita bergelar seorang akauntan memaklumkan, Fadhlina ada bertanya sama ada duit perbelanjaannya mencukupi sebelum menghantar duit secara pemindahan dalam talian berjumlah RM3,000.

Sementara itu, Rafida yang mengambil jurusan perakaunan di UMS adalah antara lima pelajar dari universiti itu yang diberikan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), hari ini.

Tawaran biasiswa berkenaan disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif dengan disaksikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Zainudin Aman di Menara Kinabalu.

Mohd Arifin yang juga EXCO Pendidikan negeri menafikan tawaran biasiswa kepada Rafida diberikan selepas cerita mengenai bagasi guni plastik yang digunakan pelajar itu tular sejak kelmarin.

“Anak-anak kita sudah dibantu. Ketika beliau (Rafida) masuk matrikulasi tahun lalu pun kita ada bantu menerusi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM1,500.

“Tahun ini, apabila masuk ijazah juga mendapat RM2,000 melalui BUDI. Bantuan ini untuk masuk ke institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Beliau juga menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) pada tahun ini dan sebenarnya sudah disenaraikan serta diputuskan oleh pihak pengurusan BKNS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:08 AM | Show all posts
anak2 orang lain pakai plastik kedai kat pasar je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus plk idea adik nih .....pakai guni je x pasal2 dpt cash 3k. Klau berlagak pakai beg LV nti senang2 nuart potong subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:50 AM | Show all posts
dah ku kata... budak ni bijak.. guni tu lasak.. senang nk sumbat macam2.. maklumla.. nak masuk uni.. bukan bawak baju semata.. segala benda kena angkut. Takkan nk sumbat dlm luggage. Kena pulak naik flight masuk kargo.. letak dalam guni.. wrap elok2.. tampal nama.. setel.

Cepat naw terkesima terkesian bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:17 AM | Show all posts
Bagus adik ni... fikirkan apa yg mudah dan praktikal untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
awal2 hr tu dh nk ckp, tp tu la manusia ni kan mesti aku kena kecam pnya la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bila suka viral menda tanpa sbb..gini lah jadiknya.. pasni aku nk angkut kain baju keluar dr rmh konon2 kena halau sambil heret2 beg plastik tu...tgk kot la nanti viral bole dpt dok kondo ka banglo ka
mana tau ada menteri nk tolong bg rmh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain guni tu, mana satu beg dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lenkali budak lain leh pakai plastik sampah lak..untung2 dpt rm3k dr menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:27 AM | Show all posts
Untunglah kau dik. Dia pakai guni tu sebenarnya utk cuba mengelak peraturan universiti yang hanya benarkan 2 beg sahaja. Kesudahannya menteri hulur RM3000 kerana kesiankan budak ni. Menteri pun kena game dengan budak. Padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:33 AM | Show all posts
Baguslah orang Malaysia memang pemurah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman viral. Rezeki adik ni la

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhmdulillah bukan setakat rm3k dpt biasiswa negeri lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-10-2024 10:27 AM
Untunglah kau dik. Dia pakai guni tu sebenarnya utk cuba mengelak peraturan universiti yang hanya be ...

Hahaha lain lah kalau dia bwk guni tu je. Baru lah kesian sbb baju pon tak ada byk. Rupanya ada lgi bag lain.
Dia bwk guni tu sebenarnya nak bwk lebih muatan lah ni kan. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bodo punya senior
budak tu jugak yg untung x pasal2 dpt duit cash sedebuk
bangkaii bodoo punya senior
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 01:20 PM | Show all posts
ultra78 replied at 5-10-2024 10:27 AM
Untunglah kau dik. Dia pakai guni tu sebenarnya utk cuba mengelak peraturan universiti yang hanya be ...

Menteri tu bukan bodoh benar..dah kata dihubungi dek menteri tanya duit belanja cukup tak,  mesti lah budak tu dah explain kenapa dia bawa gunu, perbelanjaan dia pe semua. menteri bagi tu dah rezeki dia. takkan la dia nak buat cerita sedih kat menteri kata org susah, duit tak cukup pastu sembang dgn media lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahnya. Ko ingat yang bawak guni tu miskin? Macam kawan aku. Anak dia 3 orang Marlborough College. Tu setahun 150k sorang anak aje. Tapi dia dok pakai beg 15 ringgit aje
Yang sibuk pakai Chanel LV pun anak masuk gomen. Silap2 ngamuk kalau gomen suruh bayar yuran
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2024 01:20 PM
Menteri tu bukan bodoh benar..dah kata dihubungi dek menteri tanya duit belanja cukup tak,  mesti  ...

Eh jap baru aku pasan budak ni dah masuk ipta ini bukan tugas fadlina tapi zambry
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:19 PM | Show all posts
rezeki dia.. tk yah ler pertikai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa first time I tengok pun I agak, guni lebih praktikal. Sebab I dulu untuk barang biasa, letak dalam beg karung askar tu. Lasak. Tapi kalau komen lain sikit dekat account berita ni memang kena kecam la jawabnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052489 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list