View: 20793|Reply: 2
|
[Tempatan]
Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa
[Copy link]
|
|
Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa
https://www.freemalaysiatoday.co ... hepor-akan-didakwa/
Bernama
01 Oct 2024, 07:19 PM
Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan Chepor mengalami keracunan makanan pada 25 Sept lalu. (Gambar Facebook)
Pendakwaan akan dibuat dalam masa terdekat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang turut melibatkan penutupan premis serta-merta tidak lebih 14 hari.
IPOH: Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan melibatkan 101 murid, pada 25 Sept lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan, berkata pendakwaan akan dibuat dalam masa terdekat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang turut melibatkan penutupan premis serta-merta tidak lebih 14 hari.

Berikutan kejadian itu, kantin sekolah terbabit diarah tutup selama 14 hari hingga 8 Okt ini ekoran didapati berada pada tahap tidak memuaskan selain merekodkan penarafan sekitar 67.9%.
Sivanesan berkata, pada masa ini penyediaan perkhidmatan makanan dan minuman murid diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah buat sementara waktu.
“Walaupun kantin ditutup, pihak sekolah telah menyediakan makanan dan minuman yang dibeli dari sekolah berhampiran untuk murid di sekolah ini.
Ia hanya bersifat sementara dan dalam masa yang terdekat pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan mempercepat urusan kemasukan pengusaha (kantin) baru ke sekolah ini, katanya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut memohon maaf kepada setiap keluarga serta penjaga yang terkesan dengan kejadian itu.
Selepas ini, kita akan pastikan ada guru (SK Chepor) yang akan jadi wakil kepada pihak sekolah dalam memastikan urusan bersama pihak pengusaha kantin berjalan lancar, katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chepor...bukan acik porem
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la bila dah ada tindakan tegas pada pengusaha kantin yang lewa ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|