CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26737|Reply: 8

[Tempatan] Duit pencen, simpanan RM218,900 lesap ditipu

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Duit pencen, simpanan RM218,900 lesap ditipu
Oleh
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
02 Oktober 2024 08:15am


Mangsa diarah memasukkan wang berjumlah RM5,000 dan diminta memindahkan wang dari akaun Tabung Haji milik pengadu sebanyak RM201,900.00 ke dalam akaun bank yang baru dibuka tersebut. Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Wang pencen dan simpanan milik seorang pesara guru wanita berjumlah RM218,900 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 31 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, wanita berusia 65 tahun itu dihubungi seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan sebuah pusat perubatan memaklumkan mangsa mempunyai tuntutan insuran sebanyak RM68,800.

Beliau berkata, mangsa yang menafikan mempunyai tuntutan itu kemudiannya diarahkan membuka satu akaun bank bagi tujuan pemantauan Bank Negara Malaysia pada 24 September lepas.

"Seterusnya mangsa diarahkan memasukkan wang berjumlah RM5,000 dan diminta memindahkan wang dari akaun Tabung Haji milik pengadu sebanyak RM201,900.00 ke dalam akaun bank yang dibuka tersebut.

"Mangsa menyedari ditipu selepas menceritakan situasi tersebut kepada anaknya. Setelah itu, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati baki dalam akaun bank milik mangsa hanya tinggal RM100.

"Wang mangsa berjumlah RM218,900 telah dipindah keluar sebanyak 20 kali transaksi dari akaun miliknya ke akaun bank lain yang tidak dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azli berkata, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada Selasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..  Polis takleh trace ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:29 PM | Show all posts
polis patut ada peruntukan undang-undang baru untuk trace habis-habisan kemana duit tu.. siapa yang terlibat sita semua harta.. dan sumbat ke penjara samapi mati..

klu sindiket dari luar negara susahlah nak dapat.. kecuali minta pertolongan polis sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian


duit mmg takkan boleh dapat balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:23 PM | Show all posts
bekas ticer pun terkena jugak huk aloh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang tu terpikir, adakah semua duit kita dalam bank tu akan betul2 menjadi hak milik kita dan digunakan sepenuhnya oleh kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bohong la..takkan la akaun tu tak dapat dikenal pasti
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mcm nk speku acik2 keje gomen baru pencen ni agaknye dulu ms kerja gomen dia kuat mengular kot. Ni kira kifarah la ni sekejap je rezeki dia kene tarik. Mcm senang sgt terpedaya pindah2 duit nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:43 AM | Show all posts
takut sangat kena tangkap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050064 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list