View: 12838|Reply: 6
|
Amaran untuk AS supaya tidak masuk campur - "Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri"
[Copy link]
|
|
Tehran: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Tehran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan berikutan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, lapor Al-Jazeera.
"Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri daripada perkara ini dan tidak campur tangan," kata Araghchi kepada televisyen kerajaan, sambil menambah mesej itu disampaikan melalui kedutaan Switzerland di Tehran.
Presiden Joe Biden berkata AS "menyokong sepenuhnya" Israel selepas serangan peluru berpandu itu, sambil menambah beliau akan membincangkan tindak balas dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Ditanya oleh pemberita tentang tindak balas terhadap Iran, Biden menjawab: "Itu sedang dalam perbincangan aktif sekarang."
Sementara itu, Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid berkata, Iran akan membayar harga yang tinggi untuk serangan peluru berpandunya, sambil menambah "di Tehran mereka tahu bahawa Israel akan datang".
"Tindak balas harus keras dan menghantar mesej yang jelas kepada seluruh paksi - Iran, Yaman, Syria, Lubnan dan Gaza," tulisnya di X.
Katanya, seiring dengan tindak balas ketenteraan, pihaknya mesti membangunkan strategi politik serantau keseluruhan yang mengubah kejayaan ketenteraan kepada perubahan strategik.
"Kita tidak boleh melupakan seketika keperluan mendesak untuk memulangkan mangsa yang diculik ke rumah," katanya.
Sumber - Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
nama 5 negara yg diorang dah plan nak attack dah keluar 30 tahun lepas.. iran je last tinggal ni..
kau rase? |
|
|
|
|
|
|
|
Israel akan heret pihak lain iaitu amerika untuk berperang dengan iran. Itulah perangai celaka yahudi. Dapat pulak presiden amerika yg dungu Joe Biden. Israel tahu mereka tidak akan mampu berperang di darat. Mereka mahu negara lain berperang bagi pihak mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk campur urusan palestine boleh... Gang perang mahu perang tetapi mahu arrange cara perang... Unfortunately perang bukan story dari 1 side... Hadap lah... |
|
|
|
|
|
|
|
All those countries above diserang direct oleh Israel so tak salah utk mereka bertindak balas..yg jahatnya AS mastermind behind all this, yg x diserang tp menyibuk...kau boleh expect lah the next bin laden
|
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi ni dlm ww1 engkorang sure heran mana usa boleh get involved padahal perang kat europe? Actually yahudi ny bernard baruch dsh byr pres usa woodrow wilson utk buat decree utk usa participate mcm juga sekarang lobbyist aipac mmg dok masuk duit dlm account politician usa. So takkan iran fikir dia punya warning tu laku? Adehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Israel kata nak serang iran?
Tak serang serang pun
Sembamg kencang je wayang |
|
|
|
|
|
|
| |
|