CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12637|Reply: 18

Pekerja pembersihan warga Bangladesh didakwa heret kucing mengguna motosikal

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode





Shah Alam: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.


Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara bersama-sama seorang lagi individu dengan kejam mengheret seekor kucing dewasa yang diikat dengan alat penjerut di atas jalan raya sambil menaiki motosikal sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar kawasan perumahan Seksyen 31 di sini pada 7 September lalu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan.


Jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.


Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Mohd Sharif Sabran mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain Monotosh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.


Peguam K Bagia Sri Devi yang mewakili OKS memohon jaminan minimum mengambil kira anak guamnya perlu menyara keluarganya di negara asal dengan gaji RM1,500 selain tidak mempunyai keluarga yang terdekat di Malaysia untuk membantu mengumpul wang jaminan yang tinggi.


"Lagipun pasport juga telah diminta untuk diserahkan kepada mahkamah dan anak guam saya tidak lari daripada mana-mana kes dan dia telah bekerjasama dari hari pertama, saya harap mahkamah boleh mempertimbangkan untuk wang jaminan dikurangkan kepada jumlah yang bersesuaian," katanya.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Monotosh untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat pada setiap bulan sehingga kes selesai.


Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November ini.


Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan Mohd Sharif untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang individu warganegara asing yang sepatutnya dituduh bersama Monotosh hari ini namun gagal hadir ke mahkamah.  




Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 09:56 AM | Show all posts
satu bentuk hiburan bagi mat bangla ni barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon lori smpah alam flora ikat banglasia ni kat lori..heret pulak

Baru merasa rabu dgn khamis
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:56 AM | Show all posts
generasi pertama bangla dimalaysia, hanya tau merah kuning, baru, lama je.

skrg, siap checkin dlm lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:04 PM | Show all posts
nak tau pasaipa buat lagu tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jht ...i xfhm org yg jenis kejam ngn haiwan comel..

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh! Kensel je paspot heshe ni! Tak bertulang langsung perangai! Hantar balik bangla!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 02:37 PM | Show all posts
kalau kucing pn dia leh buat main camtu tak mustahil dia leh buat hal yg lagi kejam
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 3-10-2024 12:55 PM
Bodoh! Kensel je paspot heshe ni! Tak bertulang langsung perangai! Hantar balik bangla!

apa salah..bukan ini nigara banyak sayang sama kita bangladesh@Malaydesh@banglasia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahanatnya engkau

Kuching tu masih hidup ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 3-10-2024 02:37 PM
kalau kucing pn dia leh buat main camtu tak mustahil dia leh buat hal yg lagi kejam

kucing sayang tada.
sini parampuan sayang ada.
                  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan bagi muka. Mai negara org buat tahi. Cari lah rezeki elok2.
Moga kena sumpahan kucing
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka hodoh perangai pun hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-10-2024 10:04 AM
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi

Ya dah la hodoh muka2 Bangla ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:15 PM | Show all posts
name pown "monotosh"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-10-2024 03:51 PM
apa salah..bukan ini nigara banyak sayang sama kita bangladesh@Malaydesh@banglasia

Haha mongok
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukuplah org Malaysia je ramai yg dah mental. Dibawa masuk lg bangla mental. Aduhai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka sungguh naharom ni aniaya haiwan
Cemanalah ek keadaan kucing tu sekarang
Harap dapat rawatan yg diperlukan serta segera sembuh dari kecederaan & trauma. Aamiin
Warga asing yg datang msia ni mmg majoriti tak bertamadun & tak mengenang budi
Baru sat tadi kecoh acik2 t20 palestin yg atm bawak masuk aritu merusuh kat wisma transit sebab demand nak duduk hotel, taknak duduk wisma transit tu
Habis jahanam barang kat lobby & sangat kurang ajar melawan pegawai2 yg meleraikan mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.122722 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list