CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12505|Reply: 3

Harga minyak meningkat berikutan ketegangan Iran-Israel

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:48 AM | Show all posts |Read mode





Singapura: Harga minyak meningkat lebih satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kebimbangan ketegangan Asia Barat boleh meningkat, berpotensi menjejaskan pengeluaran minyak mentah dari rantau itu, berikutan serangan tentera terbesar Iran terhadap Israel.


Niaga hadapan Brent melonjak AS$1 atau 1.36 peratus kepada AS$74.56 setong, manakala minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) melonjak AS$1.07 atau 1.53 peratus kepada AS$70.9 pada 0330 GMT.


Pada dagangan hari ini, penanda aras minyak mentah meningkat lebih lima peratus.


Pasaran minyak sebahagian besarnya memberi tumpuan kepada naratif prospek ekonomi global yang semakin lemah yang menjejaskan permintaan bahan api, kata Penganalisis Pasaran Kanan Phillip Nova, Priyanka Sachdeva.


"Namun, skala itu cepat beralih ke arah kebimbangan gangguan bekalan minyak di Asia Barat selepas Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke Israel," kata Sachdeva.


Iran berkata awal Rabu bahawa serangan peluru berpandunya ke atas Israel adalah lebih kepada menghalang provokasi selanjutnya, manakala Israel dan AS berjanji untuk bertindak balas terhadap Tehran apabila kebimbangan perang yang lebih meluas semakin sengit.


Tehran berkata, sebarang tindak balas Israel terhadap serangan itu, yang menurut Israel membabitkan lebih 180 peluru berpandu balistik, akan menemui 'kemusnahan besar'.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadualkan mesyuarat mengenai Asia Barat pada Rabu dan Kesatuan Eropah menggesa gencatan senjata segera.


Pembabitan langsung Iran, sebagai anggota OPEC, meningkatkan prospek gangguan kepada bekalan minyak, kata penganalisis ANZ dalam notanya, sambil menambah bahawa pengeluaran minyak negara itu meningkat ke paras tertinggi enam tahun sebanyak 3.7 juta tong sehari pada Ogos.


"eningkatan besar oleh Iran berisiko membawa AS ke dalam perang," kata Capital Economics dalam satu notanya.


"Iran menyumbang kira-kira empat peratus daripada pengeluaran minyak global, tetapi pertimbangan penting ialah sama ada Arab Saudi meningkatkan pengeluaran jika bekalan Iran terganggu," katanya.


Panel menteri dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, bersama-sama dipanggil OPEC+, bermesyuarat untuk mengkaji pasaran, tanpa sebarang perubahan dasar dijangkakan.


Mulai Disember, OPEC+, termasuk Rusia, bersedia untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 180,000 tong sehari (bpd) setiap bulan.


"Sebarang cadangan bahawa kenaikan pengeluaran akan diteruskan boleh mengimbangi kebimbangan gangguan bekalan di Asia Barat," kata nota ANZ.


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 08:58 AM | Show all posts
waktu minyak naik kena cepat2 umumkan kenaikan harga minyak semasa, masa turun, relak duluuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:28 AM | Show all posts
Edited by clueless_gamer at 5-10-2024 06:29 AM

besok mulalah keluar alasan pekedai mamak; penjual minyak masak, minyak rambut dan minyak angin ni semua nak naikan harga barang dia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen PMX seterusnya. "Golongan kaya tidak wajar membeli RON95". Kesinambungan attack kepada golongan kaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.359124 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list