CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16390|Reply: 14

[Tempatan] Belanja luar negara mampu lemahkan nilai ringgit, kata pakar

[Copy link]
Post time 3-10-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Belanja luar negara mampu lemahkan nilai ringgit, kata pakar

https://www.freemalaysiatoday.co ... ringgit-kata-pakar/

Lynelle Tham
03 Oct 2024, 08:30 AM


Pelancong Malaysia membanjiri pasar dan tarikan pelancongan di selatan Thailand ketika cuti panjang bulan lalu, seterusnya memacu ekonomi negara itu. (Gambar Bernama)

Pakar menggesa lebih banyak perbelanjaan dalam negara untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

PETALING JAYA: Pakar ekonomi memberi amaran pengaliran keluar dana mampu melemahkan nilai ringgit, selepas rakyat Malaysia membelanjakan RM130 juta di selatan Thailand ketika cuti hujung minggu panjang, bulan lalu.

Goh Lim Thye dari Universiti Malaya berkata, walaupun berbelanja seperti itu menunjukkan kenaikan dalam kuasa membeli rakyat Malaysia, hakikat bahawa ini berlaku di luar negara mampu memberi kesan terhadap ekonomi tempatan.

“Semakin ramai rakyat Malaysia menukar ringgit ke wang asing seperti baht, bekalan ringgit Malaysia dalam pasaran meningkat, seterusnya berpotensi mengakibatkan nilainya susut.

Ringgit lebih rendah seterusnya menaikkan kos bahan import yang menambahkan tekanan inflasi terhadap ekonomi, katanya kepada FMT.

Turut senada dengannya, Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, yang mencadangkan pengaliran keluar ini boleh dibalas dengan ‘menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia, dan menggalakkan mereka berbelanja lebih banyak daripada rakyat Malaysia di luar negara.’

Menurut laporan sebelum ini, hampir 100,000 pelancong Malaysia mengambil kesempatan cuti panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di selatan Thailand, seterusnya menyumbang lebih 1 juta baht (kira-kira RM130 juta) kepada ekonomi negara itu.

Goh dan Razman masing-masing berpendapat, mengalihkan perbelanjaan ke arah ekonomi tempatan mampu membawa kesan positif terhadap pertumbuhan perniagaan dan produktiviti.

Peningkatan perbelanjaan memacu permintaan lebih tinggi seterusnya menyebabkan perniagaan meningkatkan pengeluaran atau kapasiti perkhidmatan. Ini akan menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan produktiviti, asalkan pertumbuhan permintaan adalah mampan.

Goh berkata, sektor runcit Malaysia melihat peningkatan jualan sebanyak 26.5% pada suku pertama 2023, yang banyak dipacu oleh perbelanjaan pengguna pascapandemik.

Perbelanjaan isi rumah lebih tinggi bererti permintaan lebih tinggi untuk produk dan perkhidmatan, katanya.

Lonjakan permintaan ini menggalakkan perniagaan meningkatkan operasi, melabur terhadap infrastruktur, dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi keperluan pengguna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 09:51 AM | Show all posts
masa mak2 datin, geng mlm, anak beranak menteri duk shopping london paris NY habis berbillion rm, pakar cakap apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:08 AM | Show all posts
Tiada keperluan untuk ke negara luar tanpa sebarang urusan penting.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:26 AM | Show all posts
Sama konsepnya warga asing hantar pulang duit ke negara asal pun akan melemahkan ringgit jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kessah nyaaaaa...

Pinjam duit kau ke utk kitorg belanja cikcur oversea?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi la package menarik dlm negara….. pung pang pung pang, tarak guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-10-2024 01:52 PM

Pi langkawi cameron terenganu sabah etc patut sekali, buat apa repeat tempat yg sama
Thailand boleh memondan, megganja, ayam, menikah bini no2, mknn hotel kos murah, jais xde
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn i pi siam baru ni. Beratur dr pkl 7 pagi di immigration, pukul 3 ptg baru dpt turn. Yg belakang dia tu kena suruh balik...siam rendahkan matawang  baht lagi berbondong pegi sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakar2 pun p melancong luar negara bila bercuti...pakai kete pun dah sah2 bukan kete national....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tu taktik ko kayakan kroni kan...kena bayor rega hotel 3x ganda...check in kul 6pm..kuar(cepat) 7am....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara t20 singapura melancong di negara m40 malaysia

Manakala malaysia (m40) melancong ke negara b40 yakni tahiland

Abes tu thailand melancong ke negara mana pulak ye? Negara fakir miskin tegar somalia ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 3-10-2024 04:02 PM
Negara t20 singapura melancong di negara m40 malaysia

Manakala malaysia (m40) melancong ke negara b ...

malaysia la..abg mau ori ka ke..separuh ori???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekceli,melancong jalan2 dlm negara pun best.
Iols dlm perancangan nak keliling semenanjung dulu,pergi masuk kampung2,tengok tmpt/bangunan bersejarah,mkn makanan tradisi sume tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 3-10-2024 10:26 AM
Sama konsepnya warga asing hantar pulang duit ke negara asal pun akan melemahkan ringgit jugak

Kannnn......diorg nih bab libatkan rkyt suma salah......pati yg hantar duit billion2 tiap2 bulan wat bodo plk
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau pakar punya pandangan isu semasa x pernah nampak pakar pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.246932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list