View: 17471|Reply: 8
|
[Politik]
Rina Harun tak pertahan ketua Wanita Bersatu
[Copy link]
|
|
Rina Harun tak pertahan ketua Wanita Bersatu
FMT Reporters
03 Oct 2024, 10:04 AM
Naib ketua sayap, Mas Ermieyati Samsudin dijangka menggantikannya.
Rina Harun dilantik sebagai ketua Wanita Bersatu pada 2017 dan kembali menerajui jawatan itu tanpa saingan pada 2020. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Rina Harun tidak akan mempertahankan jawatan ketua Wanita Bersatu pada pemilihan parti bulan depan, kata sumber terdekat.
Sumber yang enggan dinamakan itu, berkata bekas menteri berkenaan menarik pencalonannya minggu lalu.
Perkara itu (pencalonan Rina) akan dibuat secara rasmi pada Jumaat apabila senarai calon bagi pemilihan parti didedahkan, katanya kepada FMT.
Sumber itu juga berkata, naib ketua sayap Wanita, Mas Ermieyati Samsudin, dijangka mengambil alih jawatan Rina.
Ditanya mengapa Rina yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa menarik pencalonannya, sumber berkata: Mas Ermieyati terlalu kuat ketika ini.
FMT sedang mendapatkan ulasan Rina.
Rina, yang dilantik mengetuai sayap Wanita Bersatu pada 2017, mempertahankan jawatan sayap itu yang dikenali sebagai Srikandi, pada 2020.
Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat tersebut kalah pada PRN Selangor tahun lalu di kerusi Batu Tiga.
Kekalahan berkenaan yang kedua selepas tumpas di Parlimen Sepang pada PRU15.
Rina keluar Umno pada 2016 untuk menyertai Bersatu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh acik rina dah gemuk balik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak melingkup ke tu?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Lompat la kapal dah nak tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
Dah gemok huduh balik la tu..lagipun Bersatu mmg dah nk melingkop kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|