TEL AVIV – Tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilihat terketar-ketar dalam satu video tular menyaksikan beliau membacakan ancaman balas dendam sejurus Iran melancarkan serangan di Tel Aviv.
Menurut pemerhati, Pravda.Ru Lyubov Stepushova reaksi video berdurasi empat minit itu adalah isyarat penting bahawa Netanyahu seperti 'tertekan'.
Malah, tingkah laku dan gerak isyaratnya menunjukkan tekanan mental dan kehilangan kawalan ke atas keadaan yang berlaku ketika ini.
Pada malam Selasa, Iran melancarkan serangan balas terhadap pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban baru-baru ini.
Sebelum ini, Netanyahu hanya menyampaikan mesejnya ketika Israel sedang berdepan dengan Iran dan kumpulan penentang lain.
Dari awal video, tangan Netanyahu dilihat mengeletar dengan ketara.
Dalam bidang psikologi, tindakan itu dilihat sebagai tanda-tanda tekanan atau kebimbangan teruk.
Difahamkan reaksi tersebut biasanya tidak disengajakan dan ditambah pula pemimpin berpengalaman dan berpengaruh seperti Netanyahu.
Dalam video itu, Perdana Menteri Israel dilihat berulang kali mengelakkan diri melakukan kontak mata secara langsung dengan kamera.
Dalam sains tingkah laku, ia sering ditafsirkan sebagai usaha tidak sedar individu untuk melarikan diri daripada kebenaran atau situasi mencabar yang mereka hadapi. – Agensi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register