CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7442|Reply: 0

[Tempatan] Pelajar tingkatan 6 wajar diberi elaun

[Copy link]
Post time 3-10-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar tingkatan 6 wajar diberi elaun

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wajar-diberi-elaun

Essa Abu Yamin
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 3, 2024 @ 6:15pm


PELAJAR tingkatan 6 - gambar fail.

Kuala Lumpur: Pelajar tingkatan enam wajar diberi elaun sekurang-kurangnya RM250 sebulan bagi menggalakkan kemasukan lebih tinggi ke aliran berkenaan selain meringankan beban, khususnya golongan B40 dan M40.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, jumlah itu adalah kadar yang sesuai kepada keperluan golongan terbabit untuk menyambung pelajaran.

"Mungkin mereka memerlukan sedikit wang untuk perbelanjaan, begitu juga dengan pengangkutan dan sebagainya.

"Elaun RM250 sebulan itu adalah jumlah yang munasabah untuk diberikan kepada anak-anak kita dan ini akan membuka peluang yang lebih untuk mereka belajar," katanya.

Anuar berkata, amalan memberikan elaun kepada pelajar di peringkat pra-universiti sudah lama dilakukan seperti di matrikulasi dan lain-lain.

"Ia satu mekanisme untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan pelajar ke program yang disediakan kerajaan sebelum menjejakkan kaki ke alam universiti.

"Pemberian elaun itu sebenarnya satu usaha baik bukan sahaja untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan pelajar ke dalam program disediakan, bahkan ia mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan kerana di peringkat sebegini sememangnya memerlukan perbelanjaan besar.

"Tetapi, kadar elaun yang hendak diberikan perlukan setara dengan program-program pengajian tersebut dan perlu dilihat secara menyeluruh seperti kos makan, perjalanan ke sekolah dan sebagainya," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan cadangan elaun pelajar tingkatan enam akan dibawa dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list