CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10538|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak hasrat jadikan pesawat era perang di Lawas sebagai artifak sejarah

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim merakamkan gambar kenangan pada Festival WAK 2024: COTT  di The Old Court House, pada Selasa. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjadikan pesawat pejuang 'Zero' Jepun yang ditemui berhampiran sempadan Sabah-Sarawak di Lawas sebagai artifak sejarah.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pesawat pejuang itu berkemungkinan merupakan peninggalan dari sejarah zaman Perang Dunia Kedua.

Katanya, Jabatan Muzium Sarawak akan ditugaskan untuk mengkaji perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ia masih dalam keadaan agak baik. Kami akan memaklumkan kepada Jabatan Muzium untuk mengkaji pesawat tersebut bagi menentukan sama ada terdapat keperluan untuk menjadikannya artifak sejarah kita (Sarawak)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Festival 'What About Kuching' (WAK) 2024: 'Call of the Tribes' (COTT) di The Old Court House di sini, pada Selasa.

Abdul Karim berkata, terdapat dua buah pesawat pejuang iaitu satu lagi berkemungkinan pesawat Amerika yang turut terhempas di sebuah kampung di Lawas.
“Kami akan menunggu laporan dan maklum balas daripada Jabatan Muzium Sarawak,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036318 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list