Edited by maklukpenggoda at 5-10-2024 02:57 AM
Sepanjang kempen anda hanya melihat mereka yang sealiran dengan Azmin hadir pada kebanyakan masanya. Beliau dalam dunianya sendiri apabila cuma bergabung tenaga dengan orang paling rapat dengannya, kata sumber itu.
PETALING JAYA: Dua pemimpin pembangkang mendakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Azmin Ali, telah menyumbang kepada kekalahan gabungan itu dalam PRK.
Akibatnya, mereka tidak datang, kata sumber itu kepada FMT.
Sumber itu berkata, satu lagi kesilapan dilakukan Azmin yang juga ketua penerangan PN, adalah apabila ‘bergantung kepada orangnya sendiri’, merujuk kepada ahli Bersatu yang sehaluan dengannya.
Selain itu, katanya, Azmin sepatutnya menarik pemimpin komponen lain untuk berkempen bagi calon PN.
Sabtu lalu, PN kalah teruk selepas calonnya Haizan Jaafar dari Bersatu hanya mendapat 7,347 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah yang menerima 27,995 undi.
Undi majoriti BN sebanyak 20,648 adalah empat kali ganda margin undi 5,166 diraihnya dalam PRN 2022.
Sementara itu, sumber berkenaan mengakui PN menjangka kalah dalam PRK Mahkota, namun bukanlah seteruk itu.
Sekiranya jumlah pengundi lebih tinggi, hasilnya mungkin tidak seteruk ini. Dengan strategi yang betul, mereka mampu menggerakkan lebih ramai orang (supaya keluar mengundi).
Sementara itu, seorang ahli majlis pimpinan tertinggi PN yang juga enggan dinamakan berkata, kekurangan jentera pilihan raya betul menjadi punca kekalahan itu.
Beliau yang bersetuju dengan pemimpin Bersatu di atas berkata, ‘tidak mudah’ untuk bekerjasama dengan Azmin, yang hanya berbuat demikian bersama individu rapat dengannya.
Ahli majlis pimpinan tertinggi itu turut mendakwa tidak ramai ahli Bersatu dilihat ketika itu, manakala PAS juga tidak kelihatan kerana tidak begitu popular di kawasan itu, yang mempunyai penduduk majmuk.
Lagipun tiada sesiapa yang benar-benar menunjukkan semangat kempen kerana menjangka kerusi itu sukar dimenangi.
Menurut sumber itu, keputusannya mungkin berbeza sekiranya orang lain dipilih untuk mengetuai kempen PN di Mahkota.
FMT telah menghubungi Azmin untuk mendapatkan komennya.
FreeMalaysiaToday
|