CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16397|Reply: 4

[Tempatan] Bantahan terhadap insinerator Selangor

[Copy link]
Post time 4-10-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Penentangan terhadap insinerator Selangor
Cha Zhi Ting
Diterbitkan:  Oct 4, 2024 9:26 AM



Kulit album lama itu sudah kekuningan. Bahagian tepinya menunjukkan tanda-tanda dimakan usia, dan tajuknya dicantum bersama dengan tajuk-tajuk utama dari keratan akhbar lama. Ia tertulis: Pemindahan Batu Arang: Bandar Bahaya tetapi ini Rumah Kami.

Ahli Rangkaian Tolak Insinerator Rawang (RTI), Pauline Puah, dengan berhati-hati menyerahkan album itu kepada seorang wartawan pada Rabu, sebaik sahaja dia tiba di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya untuk sesi wawancara.

Di dalamnya, salah satu keratan berita berbunyi, “Pakar mencadangkan pemindahan penduduk bandar; Panel: Batu Arang tidak selamat”. Kapsyen dalam artikel lain pula menggambarkan "Lubang sedalam 30 meter di jalan utama Batu Arang".

Rupa-rupanya, sebagai persediaan untuk wawancara itu, Puah meminjam album tersebut daripada seorang warga emas yang telah lama mengumpulkan keratan berita mengenai tanah runtuh yang melanda kawasan tersebut sejak dahulu lagi.

Pada 28 Jun lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan sesi pendengaran awam mengenai pertukaran status tanah Lot 3847 daripada kediaman kepada perindustrian, untuk memberi laluan kepada projek Insinerator Rawang.

Puah berkata penduduk melihatnya sebagai peluang untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap projek tersebut, dan justeru walaupun diadakan pada hari bekerja, kira-kira 200 hingga 300 orang hadir dengan penuh semangat.

Lubang benam dan kebakaran bawah tanah

Puah menjelaskan penduduk datang dengan persiapan rapi untuk sesi pendengaran awam itu, termasuk warga emas yang membawa album skrapnya.

Dia menggunakannya untuk berhujah bahawa keadaan geologi Batu Arang tidak sesuai untuk pembinaan insinerator, dengan alasan terdapat banyak tanah runtuh, mendapan tanah, dan kebakaran bawah tanah.

Puah turut mengimbas bagaimana bekas penolong kanan SJK (C) Chap Khuan datang berkerusi roda untuk menceritakan bagaimana kerajaan pernah meluluskan pembinaan bangunan sekolah baru, namun dibatalkan akibat kebakaran bawah tanah.

Dia menceritakan perkara itu sebagai satu amaran tentang risiko pembinaan di Batu Arang.



“(Semua orang berasa) ‘Wah, akhirnya saya dapat peluang, saya mesti luahkan segala-galanya’... Jadi semasa mesyuarat itu, kami membangkitkan pelbagai kebimbangan.

“Bukan hanya dia, malah penduduk lain juga. Saya masih ingat seorang penduduk tampil ke hadapan dan berkata, ‘(Tapak insinerator yang dicadangkan) hanya 500 meter dari rumah saya... Belakang rumah saya terbakar akibat kebakaran bawah tanah sekitar tahun 2000’.

Mengenai hasil sesi pendengaran awam itu, Puah sambil ketawa berkata, “Hasilnya ialah kami mengadakan protes semalam (Selasa).”

Dia secara berseloroh membandingkan sesi pendengaran awam itu dengan sesi karaoke di mana, selepas ‘menyanyi’, semua orang melambai tangan dan beredar.



Pada Selasa lalu, RTI menganjurkan protes yang disertai kira-kira 200 orang di hadapan pejabat MPS bagi menuntut majlis perbandaran itu menarik balik keputusannya untuk menukar status tanah berkenaan.

Ibu bapa datang protes pada hari kerja

Menurut Puah, kebanyakan peserta yang hadir adalah penduduk tempatan, termasuk warga emas dan ibu bapa murid sekolah. Mereka mengatur tiga buah bas untuk mengangkut penduduk menyertai protes berkenaan.

Puah berkata dia sangat tersentuh apabila ada di kalangan ibu bapa yang mengambil cuti untuk menyertai protes tersebut.

Menurutnya, kokasi yang dicadangkan untuk insinerator itu terletak berhampiran sekolah, termasuk sekolah anaknya. Ini menimbulkan kebimbangan di kalangan ramai ibu bapa.



Puah berkata dia sukar mempercayainya apabila pertama kali mengetahui tentang perkara itu pada Julai tahun lalu.

Malah dia lebih terkejut apabila mendapati terdapat 18 sekolah dalam jarak 8 km dari tapak tersebut, dengan sekolah terdekat adalah sebuah sekolah Tamil yang hanya 1 km jaraknya.

“Selain itu, terdapat pelbagai lokasi keagamaan berhampiran, seperti surau, kuil Hindu, dan banyak lagi. Mengapa mereka memilih untuk membinanya di sana? Ia benar-benar membingungkan.”

Batu Arang mempunyai populasi lebih daripada 10,000 orang pada tahun 2020, menurut data dari Jabatan Perangkaan.

Single Polls, Total 4 Users voted

Count down: 54 Days23 Hours28 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 10:04 AM | Show all posts
Pros and cons juga.  Kalau i duduk dekat sana walaupun 500meter away pun i tak mau la pagi petang siang malam lori sampah duk lalu lalang hantar sampah ke loji.  Nak2 lori sampah kat malaysia ni 10 plastik sampah naik, 9 jatuh merata belum lagi dgn air hanyir kotor menjejeh2.

Kalau nak cakap pasal pollution, open landfill lagi la tak de guna dgn methane gas nya lagi.  WTE ni at least terkawal and boleh recycle to produce electricity.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:54 PM | Show all posts
Saya tinggal di taman bersebelahan dengan Batu Arang, memang saya tak setuju la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:33 PM | Show all posts
Dulu2 ada plan nak buat kat Broga tapi tak jadi sebab berada dlm 5km radius. Yg ni 500m..?? Agak2 la wehh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 4-10-2024 06:08 PM

Buat la inxsinerator tu jauh2 dari penempatan, insierator jana electric, sampai bila nak harap tapak lupus tanah juga sama pencemaran, ada juga peluang pekerjaan ramai2 graduate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.116514 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list